Tuesday, November 21, 2006

Gathering Geng Jurnal 2006

Aku ke gathering Geng Jurnal 2006 baru-baru ni. Kebanyakkan kelompok pembaca yang selalu bersidang di blog kecil ku ini tak pergi.. [haa, korang lah!]. Penglibatan aku pun tak disengajakan! Hehe. Biasalah last minute punya plan. Hari Jumaat petang baru confirm. Time tengah dok serabut-serabut tu elok jugak keluar. Mungkin boleh release tension [atau tambah tension?]. Oleh kerana plan saat-saat akhir, takdelah sampai susah nak tidur macam encik Lan Rambai. Hehe. Perasaan tu biasa-biasa aja. Tidak excited dan tidak juga bosan. Tengah-tengah. Hadir tanpa sebarang expectation. Itu mungkin yang terbaik.

Masuk saja ke dewan, wajah pertama yang aku kenal adalah si comel ini. Dia bukan blogger tapi Adib, putera Kingbinjai dan kak Queen. Si comel yang lembut dan empuk dipegang. Kalau encik King dan kak Queen kasi pinjam bawa balik, rasanya dah tak perlu lagi teddy bear kat rumah tu. Si comel yang ini lebih selesa dipeluk. Ha ha ha! Ampun, bergurau saja.. :)

Kelompok pertama yang diperkenalkan kepadaku oleh encik King sendiri,.. Gitartong, Kemat, Lan Rambai dan seorang lagi yang aku kurang pasti namanya. Sementara menunggu yang lain-lain tiba, aku sendiri sudah 3 kali berpindah tempat duduk! Mungkin kerana kurang selesa atau saja kerana panggilan telefon dari ofis yang menyesak fikiran. Ah, kemana saja aku pergi kerja itu asyik mengekor. Rimas.

Sehingga majlis dimulakan, panggilan dari ofis masih menganggu. Aku terlepas ucaptama dari pengerusi majlis dan bacaan doa kerana terpaksa meladeni karenah dari ofis. Aku cuba untuk tepis keluar amarah yang mula menyelubung dan cuba bereaksi seperti biasa tapi ada juga yang perasan aku sedang bertukar mood. Ish.. macam sotong kurita dalam cerita encik OP pulaks hehe.

Marah-marah pun tak guna. Baik makan. Hehehee. Makanan hari tu sedap! :D especially ayam goreng hehehe... Sambil-sambil tu bersembang punya bersembang, jumpa la pulak orang sekampung. Si Hajime tu. Laaa.. keciknya dunia.

Sepertimana mereka yang lain, segmen yang paling menyentuh emosi adalah ketika selingan gambar-gambar arwah Cik Nana diiringi lagu 'Teristimewa'. Walaupun tak berpeluang mengenalinya, aku tetap rasa kehilangan. Kak Ungku dan ND turut membuat persembahan tribute untuk Cik Nana. Boleh tahan jugak suara diorang ni :)

Sebagai tanda sokongan moral, aku beli cd cikgu gitartong yang turut membuat persembahan yang meletup hari tu! Sempat juga beli buku Kudeta tulisan bersama encik Naga, OP, Amir, Vovin, Bukunota dan Jigo. Beli juga zine Narayuda. Inilah barisan penulisnya. Esis, Kingbinjai dan Elmaaniq. Amanitium tak datang hari tu.

Acara kemuncak petang itu semestinya dari mereka. Kalah rap 50cent! Hehehe.. Tak sangka la ramai jugak yang talented. Hehe. Last but not least, ND perform lagu apa eh.. lupa tajuk tp best lagu tu. Dia nyanyi pun best jugak. *Tepuk, tepuk* Then, lagu Pencinta Wanita [dgn suprise yg aku tak perasan.. blur. hahaha! sorry beb] pastu lagu Hati Emas bersama-sama orang-orang kuat Geju. It was fun la jugak tengok semua orang happy :) Lebih seronok bila mengusik Kak Ungku hehehe.. ;p tp memang betul kak, sakit tengkuk ni asyik kena tunduk bila nk cakap dengan akak. Hahahaha!!.. Macam terdengar-dengar je suara Kak Ungku, "huh~kejiiii!".. ;p [jgn marah kak ungku, takde niat nk celen 13may pun...hehe.]

Lebih kurang jam 6ptg gerak ke Syed Bistro Kelana Jaya. Aku baru tahu diorang ni selalu melantit[lepak/ngeteh] kat situ. Awalnya hanya aku dan ND, kemudian penuh meja panjang tu. encik Bean pun ada. Duduk-duduk je dia terus cakap, "Arianna kan?..". "Mana tau?", aku tanya." Tau la..", jawab dengan senyum. Malam tu riuh jugaklah dorang ni dengan macam-macam cerita. Owh, terima kasih pada Penjejak minda sebab belanja kami malam tu yea :)

Serasa aku, gathering hari tu mencapai matlamatnya. Berkumpul dan beramah mesra. Owh, tentang mesra tu.. maaf pada sesiapa yang aku tak 'bermesra-mesra' sangat hari tu. Aku bukan sombong tapi sesungguhnya aku adalah manusia pemalu.. ;p InsyaAllah kita jumpa lain kali, kita 'bermesra-mesra' ya :)

Aku sampai rumah lebih kurang jam 10.00 malam. Headache dan aku tertidur di kerusi ruang tamu. Hingga jam 12 tengah malam baru aku bangun semula. Baca buku dan zine sampai ke jam berapa, entah. Tak peduli. Yang pasti hari itu satu lagi sejarah tercipta bagi Geng Jurnal. Syabas dan semoga terus maju!

.

.

.

Nota: Gambar-gambar tersebut telah dikidnap dari ND, Kingbinjai & Kak Ungku. Nak tengok yang lain-lain, silalah ke blog mereka yea. Mekasih.. :D

Nota lagi: Aku dah baca Kudeta dan Narayuda. Thumbs up! Mana yang belum beli tu, sudi-sudikanlah membeli ya. :D

Lagi nota: Tahniah kepada para pemenang Anugerah! Omedeto gozaimasu!!

Lagi-lagi nota: O, ya.. hari tu bukan kasut baru. Kasut baru masih dalam kotak lagi daa.. :P

59 comments:

kingbinjai said...

ooo ooo mana dapat gamabr adib tu? puas king selongkar flickr ND tak jumpa. ke tak perasan nantilah king selongkarlagi

achik said...

wah cam syok je gathering... bagus betul :)

Anonymous said...

oits anne~!~!g gath eh?huiyoo..ramai ek org dtg..syabas pd penganjur n sumer yg terlibat...opss lagi satu..anne aku ade anto emel kat ko semlm..dpt x?

zizie ali said...

baru belek-belek koleksi irwandy. tertarik dgn gambar naga sedang cakar autograf arianna. dlm gambar tu, naga nampak macam pemalu. malu-malu naga. ha ha

TedungS said...

ooo korang pg gathering tk mo ajak aku pun..

smlm sy jumpa kwn jepun sy, cuba la blaja satu dua words, tp yg byk eh HAIT HAIT HAIT! sakit tengkok aku

arianna adrizal said...

king,
tak pasti dari siapa. kalau bukan dr ND, mesti dari kak ungku.
either one.


achik,
a'ah. next time achik dtg la. bole bersuka-ria togeder-geder. hihi.


r0b|n,
adela dlm 70 org mcmtu. aku pegi nk pantau persembahan org tu. kekekeke.. takdelah, saje kenal2 dgn org. emel? owh, dpt. tp aku tak sempat reply. nnti2la kot. :)



zizie ali,
naga tu nampak je macam pemalu, sekali keluar api daa.. heheheh!
kenapa awk tak join sekali?

arianna adrizal said...

tedungS,
bukan tak nak ajak.. tp kami tau awk jauh. nnti awk dah blk sini boleh la join kitorg ye :)

hahahaha! dorg ni pentingkan kesopanan. pernah terbaca artikel mana entah, mengatakan masyarakat jepun yg paling ramai mengidapi sakit belakang.
so lepas ni boleh la speaking japanese kita ye! :) gambatte!

Anonymous said...

oita anne~!~!ko mmg pandai cakap jepun eh??baguz ah kau ni.boleh ajar aku lepas ni..aku mmg minat belajar bahasa asing ni cuma...x bekesempatan...wahai anne...sudikah kau menjadi...............................................................cikgu bahasa jepun lah....khkehkehehekhekhe.

13may said...

wahahahaha....mesti enjoy giler:D

hayad said...

bestnye dpt g gathering...dayah teringin nak g, nnt lah thn2 dpn kot ada rezki...

arianna adrizal said...

r0b|n,
aku pun bkn terer sgt. nk blaja, cr sensei yg tegar sket cam rudy sikurekure ke..tak pun rudy bluehikari. haa, dorg mmg lerrr. ah, pakcik naga pun terer! :)


13may,
mmg sesangat nyer~~~ rugi xdtg wooooo!!
kek lapis kak ungku sdap..hehe.


dayah,
aa.. nnti next time dayah dtg la eyh :D br seronok sket. aritu ramai yg akak tak berapa kenal. yg akak kenal cam kamu, kamu ni.. tak dtg pulak.

Anonymous said...

ohhhh mcm tu..abih ko pun berlajar dgn diorng ke?kalau diorng sensei kau..baik aku refer kat diorng je..btl x?

arianna adrizal said...

r0b|n,
aku tak sempat nk berguru dgn dorang pun laa.. tp dorang tu keluaran dari sana so lbh fluent.

bluecherry @ fai said...

tumpang lalu letak comment. he he.

Amboi dia sakan, berbahasa jepun. Dulu2 pernah laa dpt sepatah perkataan bhs jepun. Al maklum, bf lama study kat sana.. ha ha [kenangan oh kenangan]

Arianna, jgn penin2 tau.

Jengah laa blog kak cherry nih.

Anonymous said...

abih tu ko belajar dr mana??oits ko ni kat opis mmg cek blog kau 30 min sekali eh?repot kat bos kau..kau slh gina internet kat opis..khehkehkhkehe

Nazri said...

Terima kasih sebab beli dan baca Kudeta.

Nantikan produk kitorang akan datang yang lebih kontroversi.

Oh ya, selamat berkenalan

Wohoho!

arianna adrizal said...

kak blue cherry,
dozo..dozo ohairi. hehe.
oooo, mesti perkataan yang itu kan.. kan..kan hahahaha! biasalah fenin2 keja ni :)
orait, sat lg sy pi jengok ok.


r0b|n,
sesuka je ko neh. ckp laa.. tak takut pun ;p


vovin,
owh, kontroversi??!
sy suka tuuu.. haha.
slmat berkenalan juga :)

dugongsenyum said...

nice to meet you. yeyeeyey Arianna bukan anney ekekekeek

arianna adrizal said...

tuan presiden dugong senyum,
hahahaha! nice to meet u too.

Anonymous said...

ohh..kau x takut eh...x pe...nnti akn ku pikir mcm mana nak takutkan kau...kahahahakhahhhkha

arianna adrizal said...

r0b|n,
cehhhh!!! ;p

Anonymous said...

aku pung nak ikkut gak lain kali ann...ajak ye....

Anonymous said...

tapi jangan ajak tedungs tanpa ajak aku....

TedungS said...

ok anne dlm setahun nnt kurang2 bleh la kita ckp jepun basic2 gitu hait!

aih r0bin nk potong jalan jepun aku ni... hait! hait! hait!

adoih, pinggang aku sakit dah balik.. hait!

Anonymous said...

13mei:wahahahaha....mesti enjoy giler:D

Anonymous said...

berikut adalah dialog agak2 sebenar, pertemuan pertama secara 4 bijik mata (dan berketul2 taik mata?) antara 2 darjat, hoho:-

ND : "ni kenalkan..Ar.."
bean: "tau, arianna adrizal kan..?"
anne: "aik? mana tau?"
bean: ngeh3 :D
(anne menoleh pd nd dgn muka konpiusss..)
ND : "ni la bean.."
anne: "bean...?"
bean: "bean...beanbeh :> (baca gaya jengsbon)"
anne: "o."
bean: "anne, dtg gath ni sapa yg pujuk? :) "
anne yg masih laie dlm konpius-state: "isk, mana tau nie..?"
bean: "jeng3.. :D"

pastu tgk muka dia cam x abih konpius laie ja, segan la nk sembang dah, hoho

bersambung..

(psst ND, agak2 leh masukkan babak ni x dlm ko nyer Sampai Menutup Mata? ehehe..nk gak tumpang interprem :D )

-bean, beanbeh-

arianna adrizal said...

anonym,
baekkkk.. :)


tedungs,
hait.

hahaha!! mcm2 laa.. :D



13may,
hang punya komen ke yg anonym tu? hu~ enjoy glerrrrrrrrr!! [lagi kasi bakar hang kekekek]

arianna adrizal said...

bean,
hahahahaha!!!! habih pecah cerita. hang niii kan... mmg tau. siap ada 'bersambung' lg tu?!! kekekeke ;p

smpai la ni dok konfius lg. mana hang tau eh??? *buat muka konfius*

me3n said...

mcm ku kenal je umat yg makan tak hingat dunia tuh..hmmm tp di mana ya??..ehehe..jk.

blah ar makan tak ajak..

arianna adrizal said...

ad3ck,
oitts! ;p

ek'eleh... majuk. next taim jom la join :)

Tok Rimau said...

Selamat berkenalan. Tak sempat berbual lama kita. Mana nak nyanyi, nak shoot video, nak timang anak, macam-macam. Multitasking + multitalented.

Selalu-selalulah datang join Geng. Thanks for coming.

edyan7 said...

ohohohohoh....gi makan2 ek! hehheh.. cam best je!

Anonymous said...

tedungs:aku pun hait~!~!hait~!~!jugak lah...khehkehkehke
anne:hait~!~!hait~!~!jugak kat kau...khehkehkehkehke

arianna adrizal said...

tok rimau,
selamat berkenalan kembali.
semasa sy berckp dgn tok, sy ingatkan itu basri dugong senyum! konfius!! haha.

terima kasih di atas 'warm hospitality' tempohari. sekurang2nya sy yg baru ni terasa wujud juga lah. :D



kak yan,
dok sorang2 kat situ teringat jugak kat kak yan. kalau ada join sure lg best!! jom join next time! :)


r0b|n,
kalau korang berdua ni sakit belakang aku tak bertanggungjawb tau... ;p

Lan Rambai said...

err.. yg mana satu ekk awak ni.. hahahahahaha

arianna adrizal said...

lan,
wah, wah~ sudah gaharu cendana pula!!!

;p

bluecherry @ fai said...

Perkataaan tu jer laa... "Aisheteru" ntah betul ker tak ejaannya.. hu hu hu.

Pekabo ntah pakcik tu kat S.Petani.

Kalau turun KL info laa erk, leh lepak minum2. :)

kakLuna said...

kan best kalau wat gathering belah penang...

Anonymous said...

salam buat anne

seronok masuk blog anne ni, tenang je rasa... well organize

masuk2 tu ha ada lak adib nyelit kat situ.. tq coz post gambar adib tu.. hehe blh di 'commercial'kan ni...

Rie said...

cari benda tersembunyi:

emmm dalam gambo ramai ramai tu ko nampak tak ikan duyung beso??

hehe

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah kerana berjaya men'datang'kan diri...

Tak pergi tapi macam-macam cerita disampai dan disms oleh kawan-kawan yang pergi...Hehehe

Anonymous said...

anne
terima kasih kerana menyokong gitartong.

blackpurple
cerita apa tu black? menarik kah?

BooK said...

one big happy family.
malangnya seorang jejaka kacak terlepas ke australia.

arianna adrizal said...

kak cherry,
bole la tuu.. hehe.

kalau sy turun KL nnti insyaAllah sy bitau.. :)



kak luna,
best jugak kan kalau buat kat Penang :) rasa sy hari tu ada jugak yg dari Penang turun KL. dari JB pun ada.



kak queen,
sbnrnya blog ni kosong je. basic. tak berapa reti nak godek2. tak punya masa juga. tp mekasih sbb suka.. *sipu2*

suka tgk adib. comel mcm makbapak dia jugak :D



esis,
dugong?! itu bapak dugong lah. hahahaha! jk.



BP,
rugi anda tak datang. blog anda tercalon! kategori apa, kurang pasti.

owh, rasanya sy tau kawan yg mana dok sms tu. haha!



cikgu,
sama2. perjalanan pergi balik ke pejabat yg singkat menyebabkan sy tak habis dgr lagi semua lagu cikgu.

cerita gusip kah?? hahaha!

arianna adrizal said...

book,
ha ha ha!! perlu diikat kakinya supaya tak terlepas lagi lain kali.

Anonymous said...

hehe.. :D saya pun suka lepak sini..dan saya pun tak pergi haha :D

arianna adrizal said...

acik aminbakish,
haa.. tulah. sy sorang2 je tau[tipu2].. next time jomlah pegi :)

afro said...

peti ais. ya peti ais tiba-tiba muncul dalam mimpi afro. afro bengong kerana kehilangan nemo.

eh kenapa kami tak dijemput ke gathering ya? kena jemput ke? atau datang sendiri saja? ramainya umat. mesti best.

LediAgli said...

hihikk..sonok dapat kenal si anne ni.. mulot leh tahan gak.. tapi muke monyok jeeee kat gath. munken pentekannya ialah opis kot.. btw... nanti leh kita jalan2 shopping kasutttttt skali.. hishh bes bes bes

sinaganaga said...

oit2! bila masa aku pandai cakap jepun?

arianna adrizal said...

afro,
owh begitu. ha ha!

mmg best! :D sy rs tok rimau dan yang lain ada jemput awk. mungkin awk tak perasan. apa2pun tahniah!



lediagli,
ha'ahlaa.. tensen psl ofis. nak berseronok2 pun kena kejar dengan dorang jugak.. ;(

shopping?!! oraiiitttt!! hahaha..

arianna adrizal said...

encik naga,
hari tu sy terrrrdengar! err.. bukan encik naga ke yg berkata-kata masa tu. heheheh..

tapai said...

Hati-hati dengan Afro, dia tu buaya!! Ha ha!

Ungku Nor said...

Hahaha..
apdet jugak sudahnya.

Ekceli dari pagi tadi dah masuk sini tapi takleh nak komen.
Streamyx sengal nak mampuih!

Takpe je nyakat akak.
Memang sonok nyakat org, kan?
Nak-nak kalo orang tu..*toooooot*.

lalalalala..;p

Kemat said...

itu ari x sempat borak..malu..hahhaha.kemat pemalu hahhaa.
tp best kan..rasa nak join lagi aktiviti geju

Jarri said...

woo.. pegi gath geju.

TedungS said...

konichiwa arriana san. genkidesuka do?

ha... r0bin apa ko tau heheheh. HAIT HAIT!

Lan Rambai said...

tak puas lak sembang nagn awak ari tu hahaha.. kita jumpa sabtu ni nak? hahaha boleh saya kenalkan ngan ultraman taro saya hahahaha.... baca kat blog saya ya

arianna adrizal said...

Tapai,
sy tak tak takut dgn buaya. bukan setakat buaya, naga pun sama! haha.



kak ungku,
hehehe.. sesekali bila jumpa regu mmg terserlah lah keayuan ku.. ;p muahahahahaha!!




kemat,
haha! ya, i can tell. takpe, insyaAllah kita jumpa lagi ye :)




jarri,
a'ah. rugi ooo tak pegi. opps, lupa! awk periksa kan.. hehe ;p




tedungs,
ohayo gozaimasu. hai, genki desu.
Itsu inaka e kaerimasu ka.

p/s: in Japanese tanda soal [?] adalah 'ka'. org melayu pun da mula ikut. contoh ayat, "hang dah makan ka" kehkehkeh!




lan,
mana nak puas.. ckp pun tadak rasanya. hahahahaha!! orait, sat gi sy pi.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...