Hari tu.. orang itu beritahu,
"Nak cari isteri kena tengok emaknya dulu"
Owh! Muka ku berubah. Nasib baik cuma di talian, tak nampak. Dia sambung,
"Kalau emaknya lemah lembut bercakap, pandai masak, baik layanannya dengan ahli keluarga. pandai urus keluarga.. ha, baguslah anak perempuannya tu"
Owh! Aku diam. Berfikir. Otakku berputar. Terbang ke kampung..
Dulu, ketika masih kecil masa dan kenangan aku banyak di rumah arwah atok. Bersama abang dan pakcik. Kesukaan kami, main bola dalam rumah. Gilir-gilir menjaga gawang. Gawang kami ketika itu cuma pintu ruang tengah rumah kayu yang akan bergegar seisinya setiap kali antara kami terjatuh atau menjerit! Dan setiap kali itu jugalah akan kedengaran suara atok menjerit dari dapur.
"Roboh rumah aku uuuiii..."
Bagai terdengar hilai tawa kanak-kanak perempuan berpewatakan lelaki itu.
Ketika usia menginjak ke 7 tahun aku mula bersekolah. Abah bawa aku pulang ke rumah. Lebih dekat dengan sekolah. Pergi dan balik bersama kawan-kawan. Kadang-kala berbasikal. Kadang-kala berjalan kaki. Pulang makan tengahari, aku sendiri yang memasak nasi dan menggoreng telur atau kentang, kesukaanku. Malamnya selepas menonton, aku terus tidur. Aku tidak seperti kanak-kanak lain yang selalu bercerita dengan emak tentang sekolah. Tentang kawan-kawan. Aku tak pernah rasai itu semua.
Usia remaja menjengah, abah hantar aku di sekolah yang jauh dari rumah. Berulang-alik setiap hari menaiki bas. Pagi dan petang bersesak-sesak seperti mahu ke tempat kerja. Tidur di dalam bas adalah kesukaan aku. Aku biarkan tingkap terbuka luas-luas dan biar angin menerobos mengulit kulit muka. Selesa sungguh! Walaupun begitu, belum pernah aku terlepas perhentian. Pulang dari sekolah, tempat kesukaan aku adalah bilik. Pernah aku tak keluar bilik selama 2 hari. Aku mungkin remaja yang agak pasif semasa zaman ku dulu. Aktifku cuma di sekolah. Semasa mengambil SPM aku menumpang di rumah kawan sekelas. Lebih dekat dengan sekolah. Pagi sebelum ke sekolah untuk menduduki peperiksaan, emak kawanku itu mencium pipi dan dahiku. Aku terkedu. Aku sudah hampir lupa bagaimana rasanya dicium emak.
Kemudian aku menyambung ke Universiti. Pertama kali tinggal di asrama. Anehnya aku tak rasa seperti pertama kali. Malah aku tak kekok untuk menguruskan diri sendirian. Tidak seperti rakan yang lain. Asyik menelefon emak meminta itu dan ini. Untung juga aku sudah biasa berdikari. Aku tak perlu itu dan ini. Aku cuma perlu doa emak saja. Itu yang kupinta dalam hati.
Cukup sehingga usia 23 tahun. Baru aku pulang ke rumah. Baru aku cipta kenangan di rumah. Dan aku sudah cukup dewasa untuk berfikir apa yang benar dan apa yang tidak. Perselisihan memang selalu. Mungkin kerana kami punya cara hidup yang berlainan. Emak sedikit keras. Caranya. Kata-katanya. Berbeza dengan aku yang lebih suka kepada peranan psikologi. Aku lebih tenang. Menyusur mengikut keadaan tanpa tekanan. Aku bukan anak yang suka berkurang ajar kerana aku tak pernah lupa kisah si Tanggang. Teguran secara baik itu adalah tanda aku sayangkan emak yang melahirkan aku. Beritahu dan tunjukkan di mana kesilapannya supaya dia tahu dan faham. Jika dia tidak dapat menerima, aku biarkan saja dan aku akan buat hal ku sendiri. Sekurang2nya aku dah jalankan tanggungjawab ku. Suaraku amat mahal di rumah.
Memang benar, anak-anak kebiasaannya akan mudah terpengaruh dengan apa yang selalu dilihatnya. Seterusnya membesar dengan apa yang difahami didorong oleh faktor sekeliling. Sekaligus mencontohi ibubapa mereka sendiri. Betul! Tapi bagaimana dengan aku yang selama 23 tahun membesar dengan pengaruh orang lain selain emak. Adakah adil jika orang itu mahu menilai emak bagi membuktikan aku perempuan yang bagaimana?? Jika aku tak berpeluang merasai perhatian sepenuhnya seorang emak adakah aku ini perempuan yang tak bagus? Hmm.. soalan itu hanya kekal di situ. Dan orang itu masih bercerita lagi. Tentang bermacam-macam lagi pendirian dan teorinya dalam mencari pasangan. Aku hanya diam, mendengar. Biarkanlah. Ah, kau takkan mengerti...
Corak kehidupan yang berbeza dari orang lain buat aku jadi manusia yang kental ujian dunia. Aku belajar dari pengalaman yang tak ternilai harganya. Sesuatu yang berguna bila aku punya keluarga sendiri kelak. Aku harus berterima kasih pada emak dan abah. Jika tidak, mungkin aku sudah jadi manusia yang terlalu bergantung. Manusia yang tak berani keluar dan melihat kehidupan. Manusia yang hanya pasrah dan mengharap. Tuhan memilih aku untuk melalui semua itu pasti ada sebab. Syukur.
36 comments:
"Nak cari isteri kena tengok emaknya dulu"
hahahaha....first time aku dgr camni....ada jugak teori camni yea...
tapi ada satu teori yg member aku kasi....
sebelum tackle awek...kena tackle mak dia dulu....
hahahahaha....
13may,
teori yg member awk kasi tu betullah jugak kot. org kata kena ambik hati mak dia dulu.. good luck la eyh. hehehe..
rasa dipagut sayu baca cerita ni.. tapi saya percaya awak wanita berhati waja + juga lembut...
tambahan.. siapakah yg bertanya2 itu..?? :D
tapi kalau nak tengok lelaki jangan tengok emaknya pulak...memang tak sama punya..hehehe...
Berjaya dengan melalui sakit, jatuh dan bangun lebih manis dan bererti....
anne, saya pon penah gak rasa pengalaman cam tu dengan Emak. Bila nampak orang lain pelok tangan dan pingang mak diorang time lintas jalan, saya jadik sebak. Speechlesssssss. Tapi bila saya dah tak dek Emak, dah tak wujud manusia yang leh panggil "Emak", barulah saya paham, walau apa pon "keunikan" perhubungan kita dengan Emak kita, itu mengajar kita pengalaman yang tak bleh bertukar dengan duet ringgit.
ishh.. sesi luahan perasaan lak aku neh
Dan kalau nak carik suami, kena tgk mcm mana dia menjaga dan memahami ibunya...:) ...ni bukan sy ckp, ni bestfren sy ckp..hehe...bukan mama's boy la...huhu
Tahniah buat awk kerana menjadi anak yg baik dan pandai berdikari. Semoga kehidupan awk, ibubapa dan keluarga akan menjadi lebih bahagia di dunia dan akhirat.
Lihatlah dunia. Jom travel..haha
Suara sy pun mahal kat rumah. Hanya menjadi murah apabila ada promosi besar-besaran. Haha...
wargh kena tackle mak dier dulu ka?
mcm x best jer?
relationship akak ngan mak mmg ada ups and down... kami baik betul2 pun lepas akak dah ada anak... akak jadi makin matang (dulu degil gile) dan mak akak jadi makin penyayang...hmmm...kitorang mmg jenis cakap kasar le... ganas2 gitu...
hubby mcm culture shock bila masuk family akak sbb family dia mmg jenis lemah lembut dan sopan santun je...tapi both of us manage to adapt with both families... susah gak memula... macam mulakan life baru tau! hehehe...
alhamdulillah... anne ni jenis berdikari dan tak nyusahkan mak abah yek!...:)
mmg btol tu anne, tgk anak ngan mak. tp nk tackle maknye, jgn lak smp jatuh cinta lak eheh..
hi, anne. Saya dapat rasakan keikhlasan dlm luahan hati awak ni. Apa pun yang telah terjadi, biarkan ia berlalu untuk dijadikan pengajaran buat kita dan anak cucu. Mudah-mudahan bila dah jadi "ibu" kelak anne dah tahu apa nak buat....:-)
*Kegembiraan adalah milik setiap insan.
org kata, muka aku mcm mak, aku pun anak ketiga mcm mak (bersifat api), perangai aku pun kdg2 mcm mak..tapi di sebalik persamaan2 ini, tidak menjadikan aku dgn mak rapat dan mesra, malah kdg2 terlalu kontra dan tidak dpt memahami hati masing2..
awak nie jenis yg berdikari kan..nampak ketabahan dalam penceritaan awak tu..
steady lah anne...paragraph terakhir tu tunjuk ko ni kuat semangat..caya ah kat lu~!~!
kuatkan lagi semangat anda utk menempuh hari seterusnya...
:D tak terkata.
Mmmph...
ayahnya tak kene tgk dulu ker? ehehe..
btw, usia 23 thn tuh tahun biler? ;p.
13MAY cakap=>"sebelum tackle awek...kena tackle mak dia dulu...."
AKAK cakap=>Anis tahun depan dah 11 tahun. Kalo mcm nih, lagi soploh tahun, ramai la mamat yang tackle akak ek??
Jangan ada yg tesilap ingat akak nih Anis sudah laaa..
kah kah kahhh.
erm...sebenarnya depend pada individu memasing2 kn..mmg xdinafikan faktor sekeling or org terdekat ngn kita mempengaruhi sikap kita..tpi itula..bila kita dh belajar dgn pengalaman..disamping anugerah akal yg sempurna oleh Allah..kita sendiri dpt menilai yg mana terbaik tuk life kita kn wlo dtg dri mana pun source tu...
p/s: yg BAIK tetap BERTERUSAN...=)
"Nak cari isteri kena tengok emaknya dulu"
hahahaha aku pun first time dgr teori camni... macam2 ;p
yup, perjalanan hidup kita berbeza. tak semua indah. tapi aral yg dah kita lepasi, itulah azimat terbaik utk memotivasikan diri kita spy lebih kuat.. Tiger Susu!
Aku rapat ngan mak, tapi mak biasa2 je ngan aku.ekeke! dia rimas kalu aku baring kat pangku dia ke, tulun masak kat dapur ke..menyemak katenye..hohO. maklumla dah besau panjang.
I lap my Mum!
kawan ko masih amatur. tak kaji klien sebelum berteori. tak lihat dari pelbagai mazhab.
tak terpikir pulak nak tengok mak wife saya dulu.. lagipun nak tengok camna? dia dah lama meninggal
tak setuju!
fa, kalau nak tau masa buah hati aku ngorat aku dulu dia cakap ayat sama macam tu..
"Nak cari isteri kena tengok emaknya dulu"
dia kata bapak dia yg cakap macam tu..
aku rasa tak adil utk menilai seseorg macam tu..
semoga ko lebih tabah...
aminbakish,
terima kasih :)
dia.. hm, dia seorang sahabat dan seorang abang.
BP,
tengok saja tak mengapa mungkin. tapi tidak adil jika mahu menilai.
ya :)
eda,
hmm, sy pun fikir perkara yg sama. walau mcmana sekalipun dia ttp emak yg wajib dihormati.
seseorang pernah beritahu, "emak ni berapa jelah masa dia.. sementara masa yg ada ni lah kita nk beri apa yg kita boleh beri".
boleh je nk luah perasaan kat sini :)
nd,
tu mcm kata2 wife dr fazley :)
jika seorg lelaki tu jaga ibunya dgn baik, insyaAllah dia jg dpt jaga isterinya dgn baik.
anony,
yelah kot.. ;)
kak yan,
a'ah, sy pun dulu culture shock tgk mak kwn2 jenis yg peramah dan lembut ni. lama2 da get used to it. sbb tak semua emak kat dunia ni sempurna kan.
insyaAllah sy pun harap sy akan jd mcm akak gak.
sbnrnya sikap tu bermula dgn rs kecik hati. itu yg membuatkan sy jd berdikari.
tedungs,
ohoo.. yg itu kena jaga2 ;)
shah,
hi. bila smpai satu tahap kita rs meluahkan lbh baik dr terus menyimpan. dgn harapan, luahan itu bukan utk menuding kesalahan kepada sesiapa. sekadar meluahkan. sy pun harapkn benda yg sama. sy harap sy belajar dr pkra2 mcmtu.
thanks :)
kak luna,
owh yeke.. sy anak ke2, seorang saja perempuan dlm keluarga. sy klon emak dr segi rupa. org pun slalu kata kami panas.
selamat maju jaya, may peace be with you.
berani. tp saya rasa masih ada yg disimpan. resmi orang melayu. tak segalanya pekung dibuka. bagus. saya selalu ingin menulis macam ini. tetapi belum ada kekuatan. barangkali saya lebih menyimpan
nak tacke awek jangan teckle adiknya dulu
@
nak tacle awek jangan tackle kawannya dulu
hehe
kemat,
ya. dek kerana sudah sebati melakukan semua sendiri terasa kekok juga bila ada yg beria-ia mahu membantu. insyaAllah.. sy akan terus tabah :)
r0b|n,
thanks.. :) semoga kau juga terus kuat.
attoch,
tak perlu kata2. sy tetap faham. haha! terima kasih singgah :)
ad3ck,
hmmm.. ayah selalunya bersikap berkecuali. kau suka, ayah tak kisah. kau suka, ayah pun suka... :)
br je.. 2004. tu pun tatau! apa daa..
kak ungku,
hmm.. siap sedialah yea. saham akak bakal naik mendadak! haha..
kurzz,
itu yg sepatutnya. tp kadangkala kita ni bila diungkit perkara tu br nk berfikir, jika tidak.. penilaian org hanya pd surface.
3RRRRrrrrrr... ;p
achik,
haa.. eloklah tu. sama la kita ni :D
orang biasa,
hahaha! kebanyakkan lelaki yg sy kenal mmg begitu. berbeza dgn sy. emak yg suka bermanja2 dgn adik2 lelaki tp diorang mmg tak suka. dah besar, malu mungkin. sy yg rela dimanjai ni tak pulak dia nk mengofer. hehehe..
walaupun begitu, sbg anak.. sy ttp syg emak jugak :)
zizie ali,
haha! ya, barangkali :D
encik lan,
huh~ dah meninggal, mmglaa.. sabar jelah hihi.
nis,
itu yg cuba sy lakukan. sy pohon agar terus sabar. sabar dan sabar dan sabar.
terima kasih kerana menjengok :)
king,
ha, pangkah saja!
zet,
ha yeke?!! tp buah hati ko tu da suka betul kat ko. insyaAllah no hal lah tu :)
thanks zet.
halda,
ya terima kasih. sy hargainya :)
fird,
bila meluah apa yg terpendam selalunya bicara yg jujur. tp jujur ada hadnya. sy org melayu. masih berpasak pd adat yg kamu takkan jumpa di amerika, di australia. sy punya puluhan kisah terpendam yg lebih tebal kesakitannya daripada cerita ini. sy berani meluahkannya kerana sy fikir ianya suatu pengalaman yg baik utk dikongsi bersama. bukan begitu.
terima kasih kerana sudi menjengah :)
esis,
sudah tentu :D
wah updet...
*blur*
taktau nak komen apa..
baca komen orang lain:
orang biasa,
dia ni memang perangai cam bebudak.
hahaha...
nak tackle kena tackle elok-elok. jangan sampai jatuh dan kena kad kuning. atau kad merah!
sunan,
apdet la niii.. :)
orochi,
orang biasa tu, dia mmg bebudak laaa... haha!
afro,
rasa-rasanya sy patut beri dia kad merah atau kuning??! ha ha.
tp apsal nampak awk macam tahun 1990 jer? haha! jk
ad3ck,
kambeng ar luu... *dushum*
Post a Comment