Thursday, November 02, 2006

uB@t H@ti

Pernahkah kamu merasa tidak puas hati atau kecewa bila melihat rakan sebaya memandu BMW 3 series tanpa perlu bekerja kuat seperti kamu.. tapi dia memiliki segala kemewahan kerana keluarganya kaya-raya?? atau merasa cemburu di hati bila mengetahui rakan kamu bakal berkahwin dengan seorang lelaki/perempuan yang cantik/kacak, glamor, bijak,.. [org kata beauty wif brain] dan sudahlah rakan kamu itu juga memang comel & cantik dan glamor sejak dulu lagi! Adakah kamu akan rasa kerdil dengan keadaan seperti itu??

Statistik [bukan statistik di negara ini..]. menunjukkan antara punca bunuh diri [bila kamu mula merasa yang dunia tidak adil terhadap diri kamu].. dan konflik mental [mula menjadi orang lain kerana mahu menjadi setanding @ lebih hebat daripada orang lain ]... adalah kerana wujudnya perasaan yang tidak terkawal!

Manusia sepertiku yang tidak sesempurna mana imannya memang mudah tergelincir dalam mengawal hati. Sebagai contoh, bohonglah jikaku kata tidak cemburu melihat pengacara tv yang cantik manis, petah berbicara [walaupun kadang-kala aku tak faham apa yang diperkatakannya..hehe] dan glamor berpadanan dengan tunangnya yang juga kelihatan hebat dgn rupa, personaliti dan kerjaya. Tambah cemburu lg kerana sejak sekolah lagi ku suka menonton iklan tunangnya itu sblum beliau further stadi di Melbourne [tp suka2 gitu jer laa.. hehe].--- ku biarkan kamu membayangkan siapa saja untuk contohku ini :)

Atau contoh yang lebih telus seperti ini,.. cemburu melihat rakan-rakan yang majoritinya sudah berkahwin, memiliki kerjaya yang baik, suami yang penyayang, rumah sendiri dan anak yang comel! sedangkanku masih sendiri [..dan asyik berjumpa dengan orang yang salah!], kerjaya pula biasa-biasa, sudah tu tidak punyai harta jauh sekali punya anak untuk bermanja!!

Contoh-contoh tu sudah cukup untuk membuatku merasa, kenapalah diriku tidak seberuntung itu??. Diriku tiba-tiba rasa kecil,.. rasa tak berguna.., rasa sedih dan rasa tak disayangi.

Tapi rasa itu tak lama.. sebab ku teringatkan sesuatu,

Pernahku terdengar/terbaca [entah dari mana kurang pasti] bahawa ianya adalah satu dosa jika kita merasa tidak puas hati @ cemburu terhadap kelebihan seperti kecantikan dan harta manusia lain. Kerana rezeki dan paras rupa itu pemberian dan pinjaman dari Allah, maka seolah kita mengatakan Dia tidak berlaku adil terhadap kita. [betulkan jika fakta ini salah!]

Tatkala teringat saja akan kata-kata peringatan itu, rasa bersalah bersarang di hati kerana ku telah tercuit untuk menyalahkan diri sendiri, iaitu ciptaanNya yang dipinjamkan ke atasku.. sesuatu yang hanya valid di dunia! Terus timbul rasa keinsafan.. dan bersungguh-sungguh ku menanam rasa beryukur dlm diri dengan apa yang dimiliki. Walau tidak sehebat dan setanding orang lain.. setidak-tidaknya ku tetap punya peluang untuk merasai satu kehidupan. Walau kamu bilionaire sekalipun, kamu tak dapat beli satu kehidupan!

Dengan kata-kata pujukan itu [ku memang pandai pujuk hati sendiri hehe].. maka ku akan selalu ingatkan diriku supaya sentiasa bersyukur dan senyum. ... sambil berkata dengan diri sendiri, "Tuhan tu sayangkan aku rupanyaa.." :)

Marilah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini. Jangan biarkan perasaan itu jadi tuan dalam diri kita. Ingat, syukur [bukan encik syukur tau!! ;p] itu ubat hati (",) tp kalau ada sakit hati [penyakit] ,.. jangan pulak dok diam-diam sambil bersyukur je.. [mentang2lah anne kata nak ubat sakit hati kena bersyukur, dok syukur tak abih2..] tu kena cari ubat doktor tau!! haha..

Oklah.. nanti orang kata ku buat tazkirah pulak. Salam.

40 comments:

Masy said...

ni mcm cite psl tunang Sazzy Falak je ni hehehe

mmg kekadang tu ade rasa cemburu (kekadang ke?bukan selalu ke?) pd org² yg cenggini. tp bagi akak, apa yg ade pada akak ni pon kekadang ade gak org len cemburu, so senornye manusia ni mmg tak pernah puas dgn ape yg dia ada..stendet aa kan?

dan selalu ingatkan diri - insyaallah klu ade rezeki kite, one day kita jugek akan berada di tempat dorang tu. klu tak sekarang, akan datanglah. cepat ke lambat depend pada usaha kite dan ketentuan Allah..

sekian :)

me3n said...

tak berani nak wat lawak utk post nih sebab takut kene pelangkung..

btw, sy pon biaser gak cemburu tgk org lagi macho dari sy..tp in a way, sy rase sy neh macho dari satu sudut lain..hahaha[gelak sorang2 depan PC]..

haha, tak..the point is setiap org ader kelebihan masing2..kan..

arianna adrizal said...

masy,
ha'ah. psl dia la.. tertengok preparation wedding dia. suddenly rs jeles... smlm raya umah kwn, pun mcm tu gak. tp tulah, dok ingt kata2 tu so rs ok sket :)

cemburu tu perlu tp tak bole biarkannya melarat. nnti mkn diri.


ad3ck,
hahaha.. err, tau ke makna pelangkung tu pe?? ;p

macho eh... hehehe ;p

yup, precisely!! apa yg kita terima adil dan saksama. kita je yg tatau kekadang.

Anonymous said...

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia ada sifat cemburu. Cemburu itu ini malah cemburu terhadap perkara yg remeh temeh pun ada. Tapi jgn terlampau cemburu sampai memakan diri sendiri.

Siapa yg tak cemburu bila melihat lelaki/perempuan yg hensem/cantik mempunyai segala-galanya? Dah le hensem, kaya lak tu..ada kereta mewah..rumah yg besar..jenis down to earth..very humble..beriman..pehh..sape tak jeles kan...

Sy ada seorang kawan ni seorang lelaki, sy kenal dia pun sbb dia tunang kpd kawan baik sy...walaupun dia takde la hensem mana, tapi bayangkan dia bleh balik Malaysia naik flight MAS 1st class semata-mata ada appointment dgn doktor giginya kat KL..dia balik Malaysia for 3 days..pastu gi London balik...tapi dia jenis tak berlagak..very humble and rendah diri...ada sebuah kereta Lamborghini murchielago kat rumah dia kat Tropicana Damansara...baru 25 tahun...tunang dia yg kawan baik sy tu pun lawa..baik..mmg sweet sgt tgk diorang berdua..

Mmg sy akui saya jealous...tapi sy fikir2 balik, itu semua adalah rezeki mereka yang Allah sudah tetapkan untuk mereka...lepas tu, sy borak2 dgn kawan sy tu about his love life...rupanya dia sebelum ni mmg byk kali kecewa...berkat kesabarannya, dia dpt kawan baik sy yg lawa tu...apa yg dia kecapi skang adalah hikmah yg Allah berikan di atas kesuahan dia sebelum itu...

Dalam Al-Quran, Surah Al-Inshirah(Alam Nashrah) ayat 5 & 6...berbunyi seperti ni..
"Fa’inna ma’al usri yusra. Inna ma’al usri yusra..."
Maksudnya lebih kurang camni, "dalam setiap kesusahan itu ada kesenangan yg datang..." atau dlm English..."Surely with difficulty is ease. With difficulty is surely ease..."

Paham2 je la ek..hehhee..
So, bersyukur dgn apa yg ada...mungkin skang ni kita tgh susah...nnt pada masa akan dtg kita akan berasa senang..who knows kan?...skang ni kita berusaha je dulu..;)

errr..relevan tak..hehe

arianna adrizal said...

releven.. releven. infact mmg betul lah sesangat pun :)

Anonymous said...

Halamak..panjangnya sy type..sorry eh Anne..hehehe

arianna adrizal said...

hahaha.. tp nd. informatif! silap2 bole wat entri ubat hati 2.. hehe

Anonymous said...

haha..tima kasih..sy ingat sy merepek je..huhuhu

Tapi mmg bener dong...bila kita lihat sekeliling kita..musti kita rasa jeles kat org yg ada kelebihan drpd kita...
pastu kita ckp.."ishh..bila la aku nak jadi cam dia..."..."camna la nak jadi kaya cam dia.."....and blablabla

Usaha tangga kejayaan...tunggu je..rezeki berada di mana2..

blackpurple @ jowopinter said...

Ingatkan tersalah masuk blog www.keretamayat.blogspot.com...hehehe..

Manusia begitulah. Selagi tak pandai bersyukur selago itulah tak pernah merasa cukup.... :)

arianna adrizal said...

BP,
hahaha!!.. kamu masih blum cukup mengenali diri sbnr sy la nampaknya :)

hmm, betul. dan bersyukur adalah cr utk educate diri yg plg mudah dan berkesan.

13may said...

walaupun anda berasa cemburu...tapi kawallah perasaan kamu...nanti masuk dlm statistik:)

arianna adrizal said...

nd,
benar. ms sy 'muda belia' sy pun selalu ada perasaan jeles tu. cuma skrg da tau berfikir ni, kenalah berfikir betul2.

ada org kata, jeles akan mendorong kita bekerja lbh kuat. ya, mungkin. tp bukan ke perkara tu akan jdkan kita manusia yg semakin tak tahu bersyukur? bila dah kaya, nak kaya lagi dan lagi. bgaimana pandangan encik pula?? hehe..

arianna adrizal said...

*cubit 13may kuat2*

huh~ padan muke ;P

Orang Biasa said...

cemburu dijadikan supaya kita gajin berusaha untuk memperbaiki diri. kalau kita mencemburui orang lain, sedarlah sebenarnya ramai juga orang lain yang mencemburui kita.. tapi ia bukan untuk dimegah..ia untuk disyukuri..

ya betol! tigaplulima marka...

hayad said...

erm,btul, dayah pun kdg2 rs gtu..rs down, rs diri tak beruntung, tgk org lain sume bgs2 tp diri sendiri takde ape yg nak dibanggakan...

so kena pujuk diri mcm kak anne buat jgk, kata pd diri rezki msg2 dah ditentukan Allah

mmg kita selalu tgk ape yg org lain ade tu lbh baik dr ape yg kita ada. Pnh terbaca jgk, lbh kurang gini

...kita jgn tgk org yg lbh tinggi dr kita nnt kita rs teramat rendah diri atau kita akan rs down, kita kena tgk org yg lbh ssh dari kita nnt br kita akan rasa betapa beruntungnya dgn apa yg kita miliki

Allah knows best 4 us ..insya Allah

=)

hayad said...

err...btw, skang ni mmg tgh rs down pun, terbaca plak posting kak anne yg ni, baca komen2, rs ok sket, ehe

Anonymous said...

Rasa jeles mmg mendorong kita kerja lebih kuat dan fokus apa yg kita nak. Tapi tak semestinya kalau dah berjaya kita tak bersyukur. Mungkin org2 yg tak bersyukur tu adalah org yg tak pernah rasa susah, yg sentiasa senang. Sebab tu mereka takbur. Hanya org yg pernah susah yg faham. Selagi tak terhantuk kat dinding, selagi tu tak sedar. Itulah manusia.

Walaupun ada di antara kita yg hidup sederhana, tetapi tetap bahagia dan happy selalu. Tak semestinya yg kaya tu happy je memanjang. Kita semua tetap sama. Ada hati dan perasaan yg mahukan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup. Anyway, kekayaan itu adalah satu bonus dalam kehidupan. Bonus yg harus diusahakan...:)

Berjumpa dgn org yg salah itu selalunya mengajar kita apa erti perhubungan cinta yg sebenar..adakah semata-mata hanya suka..adakah semata-mata hanya rupa...atau mungkin juga kekayaannya...in the end, kita akan sedar apa sebenarnya yg kita mahu dalam suatu perhubungan itu..:)

Semua itu berlaku supaya kita membuka mata dalam mendapatkan jodoh yg lebih baik utk kita. Cuma kena usaha lebih gigih lagi. Tak dinafikan kadang2 sy pun jeles tgk kawan2 dah kawin..dah ada anak...tapi sy fikir kalau sy kawin cepat2 pun tapi dgn org yg salah, nanti tak bahagia pula rumahtangga...and it leads to penceraian...

Bagi saya, biarlah lambat mana pun, asalkan perkahwinan itu bahagia selama-lamanya sampai menutup mata...hehe

Relax Anne...tak perlu jeles dgn org lain...awk dah cantik dah...;) <^_^>

me3n said...

pelangkung tuh cam kene ketuk kat paler kot..haha..tah la..ikut2 org jer..

btw, psl macho tuh sajer jer nak bg contoh..;p..ye lar, ye lar..ku tak macho..~>menangis tak berlagu depan PC..

merapuman said...

i think this is my 1st post here, right? walaupun kita pernah 'bertemu' di 13may or sunan-j or sewaktu dengannya.

anyway, just my 2 cents. kita mungkin tak dapat lari dari rasa cemburu/iri hati dlm hal2 macam ni, tapi ingatlah kepada mereka yg
(1) tak mampu membeli kereta langsung ... kemana2pun sekeluarga naik motor
(2) yg buta .. ada laki/bini pun tapi tak tau rupa laki/bini macam mana.
(3) hanya berkerja sebagai pembersih pejabat ..
at least ini akn membuatkan kita rasa bertuah dgn rezeki yg ada.

and at least, sekali-sekala ... i tak merapu!

arianna adrizal said...

org biasa,
hmm. betul tu. sy manusia yang akan bersyukur bila terasa cemburu dan sy akan jd rajin berusaha bila dipuji! ;)


dayah,
laaa.. ciannya adikku sorang ni.. :) chill out! dats y we're here.. to support each other kan?!! ;D

hmm betul. mendongak kita akan rasa hati, menunduk kita akan nmpak realiti kehidupan yg lbh susah.

jom kita bersyukur atas segala nikmat yg diberiNya.

arianna adrizal said...

nd,
hmm.. *bc sambil angguk2 pale*

ekceli bkn silap org tp sy kot yg selalu silap.

"Relax Anne...tak perlu jeles dgn org lain...awk dah cantik dah...;) <^_^> " <--- haaa, nah lima posen. pi main jauh2. kehkeh! ;p


ad3ck,
da agak da.. dia main ikut org jek ;p tp betullah tu.. kiranya penakulan awk tu bole tahan la kot hahaha..

alalala... *sambil lap pc yg basah dek air mata ad3ck* hahaha.. ;p

arianna adrizal said...

merapuman,
welcome sir. ya, i still remember. yg ajak i tumpang blk beraya ke penang dulu tu kan. haha.

ya, benar. rasanya sy boleh concludekan adalah lbh baik if we could mk frenz dgn org2 sperti yg disebut supaya dpt merasakan erti keinsafan & kesyukuran. kerana azalinya manusia kdg2 lebih menghargai nikmat kesyukuran bila dlm kesukaran!

merapu yg informatif mungkin! hahaha..

kingbinjai said...

ada juga kadang kadang tapi cepat cepat beringat takut kufur nikmat. im happy for who i am. if i were someone else, probably i wont know you, and heck! i wont know what the hell is blog!

Anonymous said...

:)

Ayu Mohamad said...

cemburu boleh menjadikan kite berusaha lebih gigih utk menjadi manusia yg lebih berjaya :)

salam kenal.. :)

-kak ayu-

Anonymous said...

50sen je?...ishk ishkkk...takpe..dlm poket sy pun ada 50sen..dah jadi singgit..bleh beli roti bun jap lagi..hihi

'ekceli bkn silap org tp sy kot yg selalu silap.' <---- tak paham..ape ni ek?..apa yg selalu silap?..

arianna adrizal said...

king,
bermula dgn beringat, lama2 akan jd amalan.

.. dan tak dpt nk post komen dkt sini kan! hahaha..


sham,
br blk dr kg ke???
;p


kak ayu,
salam kenal :)
betul tu!


nd,
"50sen je?...ishk ishkkk...takpe..dlm poket sy pun ada 50sen..dah jadi singgit..bleh beli roti bun jap lagi..hihi" <---- haa, tahniah lah ye kerana org yg bersyukur. bagus!!saje je nk test td tu. ;p

silap buat keputusan. mcm pilih kobis dlm bakul, ambil yg bwh2 sbb fikir/rasa yg bwh2 blum terusik sure elok. tp rupenye lompang/kosong dlmnya. sebaliknya yg plg atas sekali tu mungkin yg elok padat isinya malah kita da pegang pun td. paham dak? penin pulak.. hahaha. pointnya sy slalu mensia2kan org @ peluang. slps da terlepas br sedar. biasalah tu kan.. :)

arianna adrizal said...

nd,
correction!
"50sen je?...ishk ishkkk...takpe..dlm poket sy pun ada 50sen..dah jadi singgit..bleh beli roti bun jap lagi..hihi" <---- haa, tahniah lah ye kerana anda org yg bersyukur. bagus!!saje je nk test td tu. ;

Anonymous said...

Owhh..saje test...nampaknya sy pass la ye..yeayyy!..:p

owhh..silap buat keputusan?..hmm..that's normal la..cuba bayangkan kalo awk tak lakukan apa yg awk dah lakukan sblm ni, tak mungkin awk kenal dgn kawan2 baru awk skang..atau buat blog ke..atau perkara2 yg buat awk happy skang ni...tu kiranya salah satu hikmah drpd kesilapan awk..:)

Pendek kata, segala perkara yg kita lakukan termasuk kesilapan kita sendiri, semua itu menjerumus ke satu arah yang telah ditentukan utk awk...itulah takdir...tapi selagi awk rasa ada perkara yg masih ada peluang utk diperbetulkan, gunalah peluang itu sebaik mungkin..

Anonymous said...

"Sebagai contoh, bohonglah jikaku kata tidak cemburu melihat pengacara tv yang cantik manis, petah berbicara [walaupun kadang-kala aku tak faham apa yang diperkatakannya..hehe] dan glamor berpadanan dengan tunangnya yang juga kelihatan hebat dgn rupa, personaliti dan kerjaya. Tambah cemburu lg kerana sejak sekolah lagi ku suka menonton iklan tunangnya itu sblum beliau further stadi di Melbourne [tp suka2 gitu jer laa.. hehe].--- ku biarkan kamu membayangkan siapa saja untuk contohku ini :)
"

DL AKU FRUST BILE DIE KAWEN..PAS2 DH CERAI CM TERBUKA PELUANG BLK[BLUEKKK :P] TP BILE DT TAU DIE NK KAWEN,HUWAAAAAAAAA~

achik said...

salam anne

selalu baca blog awak tp x penah tinggalkan komen... saya pun selalu rasa camtu tp xde la tahap yg nak masuk statistik tu... pastu cepat2 muhasabah diri balik... ada satu quote tu "i keep complaining about my shoes until i see others w/o leg"...

edyan7 said...

Ini those days yang tetiba rasa macam malang gile tu ke? :D selalu rasa cam tu...

memang susah nak puas hati ngan hidup ni kalau refer to others harta-makan-7-keturunan pun tak habis tu... the feeling will keep come and go as it is...

Now.....I'm content....at least! huhuhuhu

p/s: jeles (ni contohnya!) tgk msg box awk yang tak pernah kurang dari berpuluh2 org antar komen... huhhuhu

arianna adrizal said...

wuaaa.. daku br bis miting. nk balik.. nk balik.. tp jwb komen dulu jap!

nd,
peluang mungkin ada. tp mcm ada satu rasa trauma. takut buat silap. jd baik takyah langsung. but as usual i akan motivate diri & senyum blk. :)


blossem,
i tak tau dia da kawin dulu tau.. but a fren yg penah jd pa dia bitau few months ago. frustt kannn... hehe.



achik,
salam :) la yeke.. mekasih.
hu, kata2 tu mmg buat kita insaf laa..

do come again :)


kak yan,
gelak sy bc phrase 'harta-makan-7-keturunan pun tak habis tu'. hahahaa!!

p/s: alahaii... tak tau pulak tu leh wat org jeles eyh?? kehkeh. dulu sy pun cuma 2,3 je dpt komen. bermula dr 0 jugak. ala lgpun kak, org yg sama post komen smpai 2,3 kali.. bnyk la jdnya ;p nnti sy post komen bnyk2 kat blog akak eh!!

me3n said...

"penakulan"
serius tak penah dengar..neh ikut2 org gak ker neh? ;p

btw, you wrote:
"alalala...mmg awak macho pn..ikhlas dari sy"

thanx..:)

Sunan_Jati said...

inilah nota yang bagi sy berharga,.. penguat iman bila lemah kiter iman org awam sj ader pasang surut...

just nk share lagi.. nk baut mcm ner dah suka share .. jgn marah erk..


Kehebatan dan janji Allah kepada kita. Teruskan perjuangan...........Punca kekuatan kita.

-NHM-

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah
menjawabnya.................


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta
mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

Sunan_Jati said...

saat aku rasa tersentuh jiwa... rasa nikmatnyer pemberian tuhan yagn paling besar bagi kiter aku rasa la.. kan nikmat dan sihat tubuh badan... pasal ari tuh aku alwat member aku masuk spital pasal xcident... baru aku ish ramai sesgt org yang skit kat png nie.... nampak sgt aku mmg jarang pi hospital... baru sedaq... sihat tu nikmat paling besaq kalu kaya ka ensem ka lawa ke comei ker seksi ker.. aper 2x! xder nikmat iman dan siaht tubuh bdn sesia sj... nasib bek x nangis.. bukan aper tgk nurse akt situ ish comei nyer lagila rasa sejuk mata memandang... ish nk carik calon binila.... apsal la nurse comei2x sgt.. dan member aku pun terkejut.. aik. lamanyer lepak sembang ngan deir... yerla pasla tu tu sampingan sj (hehehe) lagipun sj nk teman kan dier.. xder saper kan.. sunyi plak dier.. tlg org masa susah.. bagus... huargh./....2x!

sinaganaga said...

Kenapa kau tak berkahwin saja dengan aku atau dengan Abdullah Jones? Kami handsome, seksi, dan kaya-raya! Ha ha.

kakLuna said...

setuju dgn edyan..hehehe..jeles tgk Anne sbb ramai org sayang...


manusia mmg mcm tu la Anne...tp nak ilangkan senang je...paksa diri tgk org bawah, baru kita tau btapa btuahnya kita...

arianna adrizal said...

ad3ck,
laaa.. ciannya. anak sapa la ni penakulan pun tatau?! dulu ms blaja math form5 kat ada penakulan, kebarangkalian..ha,lupa la tu.. ;p

macho? ha, yelah.. macho *cross-finger*


sunan jati,
sy tau nota tu mmg berharga betul bagi awk sbb da dua kali awk post nota tu utk saya :)

hmm.. skrang dorang amik nurse pun kena tambah satu syarat lagi tau, mesti ada 'gud looking!' sekali senyum ja kat pesakit, teruih sihat walafiat!! haha...



sinaganaga,
ramai sangat lelaki hensem, kaya-raya & seksi[?].. tp yg budiman & beriman susah nak cari. tp kalau rs ada kualiti tu, ha silalah masuk meminang kalau tak malu! haha..


kak luna,
alhamdulillah.. syukurlah sbb ada yg sayang :) takpe, sy pun sayang semua orang jugak!

Anonymous said...

Hi Hi,

Would it be possible to ask your friend where they got the pictures of the scultures you posted in Corat~Coret Raya?

I am really interested to find out. Thanks.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...