Friday, December 29, 2006

Nyah kau dari rumah akuuuu!!!

%67%#!!!! kambeng ^$^*&(#*!!! Aku hangiiiinn betulll.. Punyelah banyak umah, umah aku gak dorang nak cari makan. Punyelah banyak bilik [banyak ker??] bilik aku gakkkk dorang nak lepak. Punyerlah besar bilik aku tu [besar kerr?] bawah dan tepi katil aku gak dorang buat konsert!! $%^#@!! Huh~~~~

Hu~ marahnya.. marahnya.. Meh aku citer dari mula. 2 hari lepas, makcik aku ngadu ada bunyi-bunyi bawah katil. Aku tak tau sebab aku dah lama tak tido dalam bilik. Aku pun try la dengar. Macam bunyi air menitik pun ada tapi tak hujan time tu. Ah, semut kot.

Semalam lepas balik makan dengan family mak Ijah, aku selongkar box yang aku letak leklok kat tepi katil konon nak cari contoh resignation letter. Selongkar punya selongkar tetiba bila aku angkat satu kotak ni, bussshhh! Bolos! Kotak tebal tu dah jadi nipis macam A4 paper! Serangga warna putih punyalah banyak.. Apa lagi aku pun spray la ngan Ridsect. Tu je yang ada. Walaupun aku tak pernah tengok rupa anai-anai tapi aku rasa inilah rupanya menatang tu. Cis!!

Aku ni jenis suka simpan benda-benda yang ada sentimental value macam buku-buku atau kertas periksa yang aku dapat full marks ke.. Habis semua dorang kerjakan! Buku tebal macam majalah sekolah pun selamat..

Nasib baiklah menatang tu cuma gigit aku punyer slip SPM. Kalau result SPM.. hu~ haru! Pagi-pagi tadi emak cakap, "abah cakap, jangan sampai naik atas!" Telinga aku tiba-tiba panas. Kata-kata tu macam berbunyi, "ko jaga binatang peliharaan ko tu. jangan sampai pegi merayau tempat lain!" Tetiba je angin puting beliung aku datang balik!! Arghhhh~~ menci!!

Maka dengan ini aku mengishtiharkan cuti raya dan tahun baru adalah acara mengemas rumah. Hu~

Selamat hari raya korang! Oh, and a hepiiii neuuu yerrrrr!!!

.

.

*dear santa, tq for the flowers!! <--- sy ingat nk tulih camni sblum tau awk yg bagi. dah tau, takyah ar. but it nice. thanks dude.

Thursday, December 28, 2006

Hu! Macam Budak-Budak!!

Semalam aku saja ambil cuti. Duduk saja di rumah sambil tengok 'Barnyard' dan 'Flushed Away'. Gelak sorang-sorang tapi yang paling banyak aku gelakkan adalah sarikata Bahasa Melayunya yang aduhhh.. direct translation sungguh!

Contohnya, "to hold u tight" dialih jadi "pegang u ketat", " i don't wanna loose u" dialih jadi "tak mahu kalah engkau" dan ada sesetengah perkataan macam "flying" yang bermaksud terbang, disalah dengar mungkin menjadi "buying' bermaksud beli!! Mengonggg..

Aku cuba tak tengok sarikatanya tapi asyik terpandang je. Adik aku beritahu, leceh tengok dengan aku sebab aku dah terlalu bijak untuk tengok kartun. Hu~ eyh?

Pagi ni aku lewat ke pejabat. Lupa pula nak bawak kotak untuk kemas barang-barang. Aku ingat nak sedekahkan aje benda-benda yang boleh disedekahkan. Macam yang ini,

Kebanyakkannya free gifts. Aku suka free gifts tapi yang toys jelah. Kalau free gifts benda lain macam lipstik ke, perfume ke.. aku bagi kat orang lain je. Emm, korang nak ke toys ni? ;)

Owh ya, gambar-gambar ni diambil menggunakan kamera Sony yang baru dapat tu. Saja testing. Gambar 1 &2 di bawah ni gambar pertama yang diambil menggunakan Sony baru.

Gambar 1. Excited nak bergambar! "Yea..yeay.. nak ambik gambar, nak ambik gambar!!"

Gambar 2. "Ey, ko ni ambik gambar tak reti diam ke. Cuba duk diam-diam sket boley tak??!!" Inilah hasilnya... Gaya malu-malu ala-ala sopan selepas dibebel dek makcik tiri! Muahahahaha!!

Gambar 1.

Gambar 2.

Moral of gambar 1 & 2 : Err..

.

..

... Takde kot. Hihihi.. sesuka-sesuki jer nak bubuh muka aku.. Muahahahahaha!!

.

.

* 1 already give-up, few more to go.. huh~~

Tuesday, December 26, 2006

Haha Tak Tahu...

Huuuhhhhh!!!

Lega sangat-sangat-sangat-sangattttttttt.... Selesai sudah beberapa perkara berkaitan kerja dengan kesudahan yang baik-baik belaka. Dan hari-hari aku turut dikurniakan kejadian yang baik-baik juga. Alhamdulillah..

Safari nite ~ Berjalan lancar dan menggembirakan. Aku dapat 5th prize, kamera Sony Cyber Shot worth RM899 plus RM150 voucher Out Of Africa!! It was a great nite, i must say.. Once aku dah dapat gambar, aku akan apdet ya. Tungguuuu ;D

The next tw0 days, aku lepak je kat rumah. Lepak dalam erti kata makan + tido + tengok tv.. memang 'kerja' yang dah lama aku tak dapat buat. Tapi masuk hari ke-2 macam dah pening sket ;p Aku sms Eda beritahu aku dah mula boring dok rumah. Eda balas sms, 'ko ni bukan homely type la. Baik ko kawin cepat.' Errr.. apa kena-mengena bukan homely type dengan kena kawin cepat???! Mengong lah dak Eda nih ;P

Ahad pagi, supposed aku ada kenduri kawin kat Jeram tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan.. tak jadi pegiii. Oklah, takpe. Semalam my trainer ajak keluar makan. Kebetulan dia ada tournament dekat kawasan aku. Tapi tengahari tu my gurl frens ajak pi JJ pulak. Aku kalau bab gurl frens ajak keluar memang tak tolak! Cuma tang guy frens je macam liat sket. So my trainer dengan paksa-relanya mengkensel programnya. Jangan marah eyhhh ;)

Sampai JJ dorang beritau nak tengok Museum at nite. Tapi tiket almost sold out. Tinggal barisan depan je. Hu~ takmo laaa! Buat sakit leher je. Leen buat backup plan nak ke Tasik Shah Alam. Layan jiwangs la pompuan nih.. hehe. Sampai Kompleks PKNS, aku tarik dorang pi KFC dulu. Dah lapar gilerrrrr!

Tengah syok makan, Eda bersuara perlahan sambil matanya menyorot ke arah yang membelakangkanku. "Ish.. ish.. bertuahnya dia." "Apa yang bertuah?", sambil aku toleh ke belakang. Rupanya ada sorang Mat Salleh yang aku kira bukan pure Mat Salleh tapi mungkin lelaki Arab atau Bosnia sedang memangku bayi yang sedang tidur. Berhadapan lelaki tu ada seorang wanita Melayu yang kelihatan biasa-biasa aje sedang makan.

Aku hampir tergelak mengingat kata-kata Eda tadi. Sebagai manusia, aku rasa normal lah kalau ada terfikir macam Eda tu. Lelaki tu hensem macam Josh Groban dan perempuan tu macam lecturer nerd dalam cerita Adik Manja tahun 80an dulu. Sape namanya??... ha, Cikgu Bedah!! Agak janggal kan.. Tapi cepat-cepat aku sedarkan diri yang itu dah bahagian dia. Itu yang Tuhan janjikan. Bukankah pasangan kita adalah untuk melengkapi kekurangan kita :) Enuf said.

Sedang leka makan, tiba-tiba Leen pulak bersuara perlahan dengan matanya membuntang memandang sambil menyiku Eda di sebelah. "Eda! Ko nampak tak apa yang aku nampak?!!" Aku betul-betul tak puas hati. Mentang-mentanglah aku mengadap dorang, tak nampak belakang. Hu~ malas nak pandang dah.

Tetiba, lalu segerombolan manusia lalu dan duduk meja sebelah aku. Tak silap ada 7,8 orang makcik-makcik yang bertudung sopan dan pakcik-pakcik yang bersongkok dan berpakaian kemas. Andaian aku, dorang baru lepas hantar sedara-mara pergi haji. Dalam ramai-ramai tu ada sorang mamat ni.. dari rambutnya je aku dah tau siapa. Adam AF2!.. Huhu~~ Nak kata aku minat, taklah sangat tapi minat mata dia sket-sket ;p.. lelebih aku tak minat sebab aku tak minat Farah. Err.. ada kaitan ke?! Heheheh..

Orang kat dalam KFC tu dah mula pandang-memandang. Aku pun tumpang pandang jugak. Inilah masanya nak tengok muka artis face to face kan. Aku sengaja mengusik Eda, "Tetiba aku rasa kenyang pulak... hehe!" Padahal memang aku dah habis makan pun! Eda mencebik. "Kalau ko berani, ko pegila tegur dia..". Aku cegil mata kat Eda, "Ko nii.. benda yang aku tak reti nak buat, yang tuuuu gak ko suruh eyh.. sengaja tau. Huu~malas nak layan".

Aku terus bangun ke sinki, basuh tangan. Jeling kaunter, nampak Adam kat situ. Sedang leka cuci-cuci tiba-tiba Adam dah ada sebelah aku, cuci tangan!! Aku rasa kalau dia tak pandang aku, aku mesti buat tak tau je. Yelah, aku mana reti nak approach orang. Tapi bila dia toleh aku, mulut ni jadi ringan tiba-tiba. "Hai Adam!" Aku menegur dengan intonasi yang langsung tak menunjukkan excited. Ekspresi aku biasa je. Sambil terus cuci tangan. "Hai.., apa khabar..", dia jawab sambil senyum. Hilang matanya. Comel. Aku.. terkedu kejap. Dia tanya khabar aku macam dah lama kenal pulak. Hahaha.. Aku yang termalu terus berlalu dari situ. Orang sekeliling dah mula memandang aku. Agaknya sebab aku sorang je yang berani tegur si Adam tu.

Kawan-kawan aku berdua tu pun cam terkejut sket sebab aku rasa dorang tak sangka aku akan bercakap dengan Adam. Sessi usik-mengusik berterusan bila dua orang budak tiba-tiba berdiri kat sebelahku dan memandangku dua tiga kali. Leen dengan selambanya cakap kat budak-budak tu, "Dik, kakak ni bukan artis tau.. hahaha..", sambil jarinya lurus menunjuk aku. Meletus gelak dua orang. Budak tu terpinga-pinga. Hampehh.. Jahat betul dorang haritu. Hu~

Balik, aku cerita ngan mak tentang jumpa dan tegur Adam. Mak cuma kata, "Alah, Adam aku tak heran. Lain la kalau Mawi." Sabar jelah.. Tak supportive sungguh. Mak Andak gak yang bagus, pandai ambik hati aku. "Yeke, hensem tak ngah?!" Beria-ia dia menanya. Ikhlas ke tak, aku tak kisah. Aku pun bukanlah beria-ia sangat pun cuma nak nak bercerita saja. Sabar jelah...

Owh, ya! Ni aku baru dapat gambar-gambar masa kenduri kak Ana last week. Kakak Eda. Family angkat aku. Aku try upload gambar lain lagi tapi takleh pulak. So ni aje yang ada. Kalau asyik-asyik muka aku je, sorilah.. tp ni kan blog aku, so reasonable lah kan.. kan.. kan.. :D

Testing.. testing camera.. Ni gambar masa tengah tunggu nak nikah. Kadi tu punyalah panjang ceramah... dah lah abang Mus tu jenis yang darah gemuruh. 3x tau!! ;P

Sesak rumah malam tu tapi aku special guestz [yo yo ooo!] so dapat duduk dalam bilik pengantin yang nyaman ber'air-cond'.

Pagi tu, seawal 10.30am aku dah terpacak kat rumah pengantin. Takkan nak datang jadi tamu je kot.. malu laa.. sedara-mara kenalah wat kerja sket. Lagipun aku bawak kek pengantin. Haritu aku ditugaskan sebagai si tukang bagi bunga telor. Huhu~ Macam budak-budak laaa... tak seswaiii tau.. ;P

Mama [baju hijau].. mak pengantin pompuan.

Haa.. nilah pengantin! Abang Mus yang kelakar dan Kak Ana yang comellll... ;)

Ni rakan-rakan sekerja Eda merangkap.. bf dia [kelabu]. Eda jangan marah eyh aku letak gambo bf ko kat sini.. Kekekeke! Err.. sebenarnya aku cuma nak kata, beruntung keje kat jabatan Eda ni, karaoke ni disponsored penuh jabatan!! Bagus eyh..

Ok lerrr.. nak pi cari sesuatu yang boleh di makan. Daaa.. :D

Tuesday, December 19, 2006

Entri ke~2 hari niiiii!!

Cak!!

Haha.. Harini aku giler tamak. Sampai dua entri ;D

Sebenarnya aku cuma nak bersembang dan meluah apa yang terbuku. Kalau cerita kat sini tak payah kena bayar pun dan paling penting tak menyusahkan sesiapa. Tapi kalau masih rasa aku menyusahkan, sila klik tanda x kat kotak atas tu yea. Aku tak marah, tu hak korang untuk baca apa yang korang nak :)

Cerita 1~ Semalam aku withdraw duit kat atm machine dan terkejut bila dapati duit aku bertambah. Nak kata banyak, boleh tahanlah. Hmmm.. lebih kurang sebulan gaji! Sebenarnya aku memang tengah berkira-kira nak minta presiden dulukan duitnya sebab akaun sports club tak balance. Short beberapa ratus dan aku tak punya duit yang cukup nak top-up. Sekali tengok balance bertambah pulak! Alhamdulillah lahh sangat-sangat.. tak payah susah-susah pinjam. Tapi aku masih tertanya-tanya macamana duit boleh bertambah. Salah transaksi ke. Aku tanya HR kalau-kalau dorang ada masukkan duit claim atau gaji awal. Dorang kata takde. Mungkin esok aku nak cek dengan bank pulak. Kalau betul orang tu salah masukkan duit, bulan depanlah saya ganti ye.. sebab duit tu dah guna :)

Cerita 2~ Haritu terbaca blog orang tu sibuk-sibuk nak berenti kerja dan kerja tempat baru. Aku bagi satu nasihat yang tak berapa nasihat ;p yang berbalik pada diri aku. Dengan ini aku ingin memberitahu, 85% aku akan berhenti kerja dalam masa 7 hari bekerja dari sekarang. 15% tu aku consider samada aku entitled for incentive bonus or not. Aku tak nak sign kontrak baru yang khabarnya 6 bulan. Aku juga tak nak berhenti secara 1 month notice sebab aku tau kalau aku buat macam tu for sure semua orang yang bossy ni akan suruh aku buat itu ini. Aku pun tak nak berhenti 24 hours notice sebab nanti aku kena bayar pulak kat company. So alang-alang kontrak aku habis hujung bulan ni, baik jangan sign. Tinggalkan je keje. Sometimes u gotta be cruel. For ur own sake pun. Hu~

Orang mesti kata drastik sangat. Kenapa tak cari kerja dulu. Aku dah ada jawapannya :). Sepanjang 3 tahun ni aku ada terima beberapa offer tapi asyik berat hati dan serba salah nak pergi. Antara sebabnya adalah kesian... dan tak berani keluar dari comfort zone. Jadi puncanya adalah tempat itu sendiri. Kalau aku dah berhenti dan later on dapat offer mana-mana, akan lebih memudahkan aku untuk buat pertimbangan. Yelah, dah jobless. Tak perlu nak fikir kesian or apa pun. Baik kesiankan diri sendiri dan yang penting adalah dapatkan kerja. Kena send out resume mulai sekarang.

So kalau confirm, maka dalam masa kurang dari 2 minggu aku akan jadi penganggur. Aku tak beritahu sesiapa lagi kat tempat aku ni kecuali sorang kakak yang rapat dengan aku. Korang yang baca nilah antara yang first to know. Dan satu lagi korang pun tau aku memblog di ofis.. so, mungkin lepas ni aku akan 'pling' dari dunia blogging. Tapi insyaAllah, aku akan kembali. Ha, ni antara acara lepas gian sebab takut-takut nanti dah takde peluang nak apdet lagi! Hehehee...

Owh ya, ni gambar last 2 weeks. Masa aku kena paksa masuk bowling friendly match dengan customer. Aku tak mo pergi sebenarnya sebab nak siapkan kerja tapi bila that person in-charge merajuk, aku terpaksalah pergi.. Yang tinggi macam giant tu See, then aku dan Ali. Terasa pendek giler aku berdiri dengan See!! Owh lagi satu nak beritahu, dalam keterpaksaan tu... aku menang!! Hohoohohoooo.

Gambar Team.

Ada gaya tak?!! Kekekekekeke....

.

. *Terima kasih kerana menjadi pembaca yang setia :D

Alkisah...

Aku pandang dia dua tiga kali. Tak puas hati. Aku pandang lagi. Kali aku tenung tajam. "Akak kenapa, rindu kat saya ye," dia mengusik. Aku senyum. "Kenapa awak lain sangat dah. Dulu tinggi ni, comel je," aku mengangkat tangan setinggi bahuku. Dia gelak, besar. Aku pandang lagi. Hmm, memang berbeza. Ketara sangat. Gelaknya, tawanya, langsung aku tak cam. Tak ada sebarang tanda yang menggambarkan dia adalah dia yang aku pernah kenal satu ketika dulu. Pertama kali aku melihat manusia yang berubah fizikal warna kulit dan bentuk wajah sampai sukar untuk aku pasti dia adalah orang yang aku kenali.

Dia Fizee, sepupu Eda. Masa aku baru-baru lepas SPM aku lepak rumah Eda dan Fizee pun ada sekali kebetulan dia cuti sekolah jugak. Ke hulu ke hilir kami bertiga. Aku ingat lagi aku pernah bagi dia patung katak warna kuning dan aku warna merah. Lepas aku further stadi, terus tak jumpa dan lost contact. Last year dia pernah dan selalu jugak telefon aku. Tapi bila aku tukar no, terlupa nak beritahu dia. Mungkin dia kecik hati. Mungkin dia fikir dia menganggu aku. Tapi tak. Aku memang betul-betul terlupa. Dan kelmarin, bila terjumpa buat pertama kali selepas 8 tahun.. aku seolah melihat orang lain. Aku masih tercari-cari Fizee di dalam diri lelaki itu.

Sedang melayan angan, satu suara menegur. Ish, termalu kejap. Tengah-tengah kenduri kahwin yang hiruk-pikuk ni pun aku boleh berangan. Hehehe.. "Macam kenal lah. Kerja kat mana?", tegur lelaki yang aku agak sebaya abah. "Saya kerja kat Klang. Encik kenal saya ke?",aku buat muka pelik. "Oh, bukan lah tu. Saya salah orang..", lelaki tu gelak. Tiba-tiba Eda berdiri sebelah aku. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba muncul. Memaut bahuku manja. "Ini kakak saya. Dia dah bertunang Dato'!" Aku jegil mata. Eda senyum. Aku terpandang Fizee menggamit di hujung sana. Perlahan aku keluar dari forum tak rasmi tu.

Bersebelahan kaunter DJ tempat letak bunga telor dan door gift. Ketika aku sedang sibuk mengalih bunga telor ke dalam bakul aku terdengar, "Oo.. ni kakak awak yang awak tunjuk tunang dia tadi tu yea.. bla. bla..", lelaki yang dipanggil Dato' tadi rancak bercerita itu ini. Tapi telinga aku cepat menangkap dan memproses kata-katanya yang satu itu. Aku pandang Eda, jegil mata lagi. Eda pun senyum lagi.

Bertembung di pintu pagar, aku tarik Eda. "Siapa tunang aku?", aku tanya Eda. "Hehe.. aku tunjuk Fizee", selamba Eda menjawab. Aku jegil mata sambil satu tamparan kecil hinggap di bahu.

Dalam ramai-ramai jemputan tu, aku ternampak abang Faizal. Isterinya pun ada. Abang Faizal bekas bf arwah kak Ayu. Dulu kalau dorang dating kami selalu keluar berempat. Aku dan Eda menyelit sekali :). Aku pandang abang Faizal tapi dia macam tak kenal aku. Atau buat-buat tak kenal sebab isteri ada sebelah? Entah. Aku pandang lagi. Kali ni berjaya bila dia datang ke arahku. "Anne, lah awak ke.. Abang dari tadi ingat model mana dok pandang-pandang abang. Serius abang tak perasan..", dia gelak-gelak. "Nak ambil hatilah tu. Sudahlah.. ", aku mengejek. Dia gelak. Gelak dan tawanya mengingatkan aku pada arwah. Tiba-tiba hati aku jadi sayu. Tapi cepat-cepat aku tepis.

Tiba-tiba Nana datang menepuk bahu ku. Terkejut aku sampai terlatah sopan. Tapi tetap rasa malu bila makcik sebelah menoleh. "Anne, ada orang kata ko dah makin lawa!", Nana mengusik. "Huuuuu~~~." Belum sempat aku kata apa-apa, orang sekeliling dah meng'hu~'kan aku. Aku jegil mata, buat-buat marah.

Sedang aku leka mengulit sejambak ros yang aku curi dari meja pengantin, bahuku dicuit. "Kak, adik rasa abang baju merah tu suka kat akak lah.. asyik pandang je", Era adik bongsu Eda yang asyik berkepit dengan ku itu menunjuk ke arah lelaki yang sedang menjaga PA system. Aku jegil mata tapi kali ni ditambah dengan cubitan kecil di peha adik. Aku rasa malu di usik dek budak-budak. Maluuu... huhu~. Aku kenal lelaki tu, dia staf Eda. Perlahan aku undur kerusi sedikit kebelakang supaya terlindung balik tembok pagar.

Agaknya dek kerana ternampak aku mencilok ros, seorang staf katering tanya samada aku mahu jambak bunga di meja pengantin. Mahu, mahu! Wuu~ laju je aku berjalan ke sana. Sambil tu telinga aku tertangkap satu suara menegur, "Eh Cik Anne.. cantiknya dia hari ni...". Aku toleh. Owh, Bad! Staf Eda lagi. Kali ni aku tak sempat jegil sebab nak cepat kejar emak yang dah berlalu ke kereta.

Sebelum balik aku tukar pakaian sebab nak ke tempat lain pulak lepas tu. Sekali aku baru terperasan baju yang aku pakai tu sama warna dengan lelaki yang digosipkan dek adik tadi. Alamak! Lama aku duduk dalam rumah. Malu nak keluar. Tapi nak tak nak kena keluar jugak. Dari jauh aku dah ternampak dia tersenyum kambing.. ;p Adik makin rancak mengusik. "Sama merah pulak..." "Apa yang sama?", aku pura-pura tak faham tapi dalam hati hmmm... "Takde, sama merah dengan air sirap ni," adik gelak-gelak. Nakal!! Sedang aku bersalam-salam nak balik, Eda panggil aku. Alamak, lelaki tu pun ada. Aku pura-pura cool walhal dah malu sebab baju sama warna. As usual Eda dengan lancarnya beritahu, "Ni kakak saya.. dia dah ada bf. Nanti dia kawin saya bagikan kad eh." Aku jeling Eda. Dia senyum. Nak tau apa lelaki tu jawab, "Takpe.. kalau awak putus dengan bf awak, call saya!" Konfiden betul dia cakap macam tu. Aku dah berkerut dahi. Tak percaya.

Sebelum balik aku tanya Eda kenapa dia beritahu aku dah bertunang dan ada bf. Jawab Eda, "Aku tak nak dorang kacau ko.. Kalau tak nanti dorang mesti mintak no telefon kau.. Especially yang Dato'-Dato' tadi. Dorang tu pantang... Tapi kalau kau nak aku tak kisah." "Ish.. ingat aku orang macam tu ke!", aku buat-buat marah. "Aku tau.. sebab tulah aku cakap macam tu ngan dorang. Senang. So takdelah nanti dorang nak ganggu hidup ko dan buat ko pening." "Ok, ok.. thanks ye. Ko memang sayangkan aku. Tapi apsal kata Fizee tunang aku. Dibuatnya mak bapak dia dengar, malu aku. Suka-suka je nak tunangkan aku dengan adik kita tu." "Hehehehe.. ntah. Dah aku ternampak ko bersembang dengan dia, terus muncul idea tu", Eda gelak-gelak.

Secara peribadinya aku rasa dah 'tua' untuk jadi 'star' kat kenduri-kenduri dah la ni. Dulu-dulu time remaja, biasalah.. Tapi age sekarang rasa tak selesa bila situasi macamtu berlaku. Rasa pelik pun ada. Apa-pun terima kasih lah atas pujian-pujian yang aku pasti ada makna tuu.. ;p Aku tau aku bukanlah cantik mana pun semua orang nak suka. Cuma mungkin kerana hari tu aku gembira.. walaupun agak penat dengan kerja 2,3 hari sebelum tu. Mungkin aura gembira tu terpancar dan teserlah. Lagipun secara psikologinya semua orang boleh jadi cantik bila gembira dan bahagia. Betul!

Mood kerja aku agak baik 2 hari ni walaupun penat sangat sangat. Di sebelah PC, 7 kuntum rose pink elok tegak dalam pasu. Wangi dan segar. Aku tak tahulah orang lain, tapi dengan terapi bunga esp ros memang membantu untuk hilangkan tension dan kembalikan kesegaran di tempat kerja. Masa aku di Celcom dulu, setiap minggu aku akan ke CM untuk beli bunga ros segar. Saban minggu juga ros di meja aku bertukar warna. Cuma satu jelah kena tahan, orang yang lalu lalang dan ternampak mesti usik kata bf bagi. Aku iyakan aje. Malas nak panjang-panjangkan cerita. Ada sesetengah orang guna terapi lilin. Aku tak berani buat kat ofis takut nanti tiba-tiba 'hujan rahmat' turun menyembur tiba-tiba. Hehehe..

Uishhh.. panjangnya cerita harini. Oklah get back to work! Chiaooow :D

Saturday, December 16, 2006

Hu~

Aku berdebar-debar nak tunggu minggu depan. Ada dua perkara penting. Satu, final submission dan dua, year-end gathering. Ntah camana bole submission dan year-end gathering jatuh pada hari yang sama, Jumaat. Memang sengaja niaya.. Bukan dia tak tau aku tak-boleh-tak-ada untuk program tu. So aku kena submit hari Khamis la nampaknya sebab pagi hari kejadian aku tak akan ada di pejabat memandangkan aku si-tukang deco untuk program malam tu. Ish, empat hari je lagi ni! Tak tau lah sempat ke tak tapi berdasarkan prestasi semasa, sempat lah kot.

Dua tiga hari kebelakangan ni pun, tumpuan aku sedikit teralih pada persediaan gathering. Walaupun aku telah diberi amaran oleh orang *GILERR itu supaya dikecualikan daripada mengikut sebarang aktiviti gathering [sesuka ati dia jeeee!!] sehingga sebelum hari kejadian tapi sebagai puan[?] treasury, dah memang tanggungjawab aku perlu mengutip RM. Dah hujung tahun, nak close akaun dan kira budget untuk gathering. Takkan nak suruh orang lain buat?!! *CHI SINN!! Buat sementara aku jadi 'thousandaire' sekejap. Haha. Sekejap je sebab duit tu dah bagi kat presiden dah. Dia akan pergi shopping 'wish' kami di HSL esok. Oya, seperkara menarik tentang gathering yang diadakan setiap tahun ni, semua staff yang terlibat akan dapat cabutan bertuah. Kami diberi peluang untuk listdown 2 wish. Dua tahun aku kerja kat sini, dua tahun jugaklah aku dapat handphone! :D Tahun ni tak tahu lah apa yang aku akan dapat.

So semalam aku ambil halfday leave. Kononnya nak beli barang untuk deco. Tapi terik sungguh matahari tengahari. Jadinya.. aku terus pulang ke rumah, membasuh. Hehe. Malam baru keluar shopping. Tema gathering kali ni Safari Nite. So mood and deco tu kena ada African styles or ethnic. Daripada perbincangan aku dan presiden, kami akan banyak gunakan daun-daun untuk deco dan tak lupa haiwan-haiwannya sekali. Nasib baik di Out of Africa Restaurant dah memang ada banyak deco haiwan. Mudah sikit kerja aku. Tinggal nak cari yang kecil-kecil jelah.

Berbalik kepada cerita shopping, masa nak bayar.. mamat kaunter tu pandang aku 2, 3 kali. Mana taknya, aku beli macam-macam jenis toys; insects and creatures. Ular, lipan [err..bukan encik liepan yang itu yea ;)], katak ha semua ada! Mungkin dia ingat aku tak sengaja terambil benda tu. Sambil tu siap jeling orang sebelah-sebelah tengok kot ada tak budak-budak yang datang dengan aku. Sebab nak mengelakkan malu, maka aku pun bertanya lah dengan dia macamana nak register kad lah, itulah inilah.. Sengaja nak alih perhatian. Muahahaha!

Ok, barang deco dan backdrop almost setel. Tinggal satu je lagi. Aku tak tau lah nak pakai apa yang sesuai untuk tema ni. Nak pakai suit binatang, rasanya saiz budak-budak adalah! Lagipun, aku tak maulah jadi binatang.. hu. Maka aku yang naif ini pergilah bertanya pendapat kawan-kawan.

Leen: Ko cerah macam cino. tak sesuai la jadi african.

Aku: Macamlah aku nak sangat.. aku terpaksalah, aku orang kuat program. malulah beb.. nanti dorang kata aku tak sporting.

Leen: Ok, ok. macam nilah. ko pakai je baju biasa atau apa yang ko nak pakai. tak african styles pun takpe tp ko buat african looks sket.

Aku: African looks? cane tu?

Leen: Ko make up guna foundation kaler gelap pastu ko buat rambut ala-ala reshmonu tu.. hahahahaha!

Aku: Cilakak luu..gelakkan aku eh. takmo ah!!

Eda: Ok aper buat camtu. kira cukup syaratlah.. memang lah ko tak sama ngan orang Africa tu tapi aku rasa ada jugak sama sket2.

Aku: hu sama apa?

Eda: Tang dahi. sama je luas dan lebaq.. hahahahahaha!

Aku: kambenggg luuu duorang kenakan aku.. hu~

Huuu~ nyesal tanya budak-budak tu. Tapi sikit-sikit aku termakan jugak cakap-cakap dorang tapi tang gaya rambut tu jelah. Hu~ Aku try la survey apa yang patut. Inilah hasil 'survey'an aku yang sangat limited. Saja nak syer ahahaha.. *sila tengok gaya rambut saja ye..*

Errrk!!!... Hehehehehehee. .. Ha, amacam? Sanggup tak korang kalau transform gaya macamni?? :D Aku?? Well... memang la nampak stylo tapi aku macam tak sanggup je nak meng'lipan'kan rambut aku gitu. Hehe. Ada orang beritahu suruh gayakan pakaian macam d late Steve Irwin! Hmm... entahlah. Suggestions anyone?

.

* hi-lite utk baca :) <-- mekasih pa'chik. tersilap sket aritu. hehe..

Thursday, December 14, 2006

Berhenti rehat kejap :)

Haritu aku bengang betul bila tiba-tiba ada bonggol kat situ. Bukan satu tapi tiga! Ish.. geram, geram. Situlah tempat 'faveret' aku mengasah 'bakat'. Mempraktikkan teori dari boz lama aku yang memang pelumba halal. Kononnya nak jadi macam Danica Patrick. Huu~

Tapi aku tak jadi marah bila tau rupanya bonggol tu wujud sebab nak buat jalan baru masuk ke kawasan rumah aku. Owh... Baguslah tu. Taklah aku dok pusing roundabout. Jauh. Lagipun, elok jugak.. Nak harap aku berenti dari tebiat berlumba kat selekoh tu, takde pulak tanda-tanda nak berenti walaupun dari hari tu lagi dah beria-ia tak nak memandu laju kat situ lagi. Dengan adanya bonggol tu, maka memudahkan azam yang satu itu. Akan jadi pemandu yang sangat berhemah lah aku lepas ni.. Tumpang lalu ya... :D

Perkara ni sebenarnya buat aku berfikir tentang dua perkara. Satu, dalam hidup kita kadang-kadang [atau selalu?] kita perlukan sesuatu sebagai pemangkin untuk berubah atau lebih maju. Setakat azam, tanpa pelaksanaan itu belum cukup untuk kita. Dua, acapkali bila dihadapkan dengan pilihan, hati akan mudah berubah. Setakat menerima, tapi tak ikhlas.. itu tak adillah. Tapi yang tak adil, yang tak terlaksana azamnya.. hmmmm, itulah kita.

Sebelum tirai 2006 berlabuh dan mengambus cerita jadi karun, masih sempat lagi untuk kita jadi manusia yang lebih ikhlas dan lebih adil. Itu dah memadai sebab kesempurnaan bukan hak kita. Betul tak?!!

.

.

*aku akan jadi chipsmore sekurang2nya dlm seminggu dua lagi. haiii hati.. sabarlahhh.

Tuesday, December 12, 2006

Bagaimana akan ku pilih..

Tuhan

Apakah yang telah Kau berikan padaku

Jerejak-jerejak waktu menghimpit hari muda

Kerja mengejarku ke sudut malam

Perkataan orang memecah di kepalaku?

Bila aku bebas

Dari jerejak atau letih malam

Aku kembali ke duniaMu

Ke pantai panjang

Dan ombak laut di pagi alam

AnginMu mengetarkan

Daun rhu dan kesepian

Yang selalu aku perlukan

Tuhan

Bagaimana akan ku pilih?

..

...

.mhs

*kesihatan tidak mengizinkan untuk menulis panjang. jumpa lagi ya.

Wednesday, December 06, 2006

Back to the Future

Aku masih dikejar masa untuk siapkan projek tapi aku tak peduli. Harini aku mahu bercerita. Huhu~

Ok, mula-mula kita belajar matematik ya. 1 minggu = 7 hari. Maka 3 minggu = ?.. Ha selama 3 minggu = 21 hari itu jugalah aku bekerja tanpa henti kecuali Isnin itupun keluar pagi pulang malam, serupa je. Tiada hari minggu untukku.

Minggu pertama ok lagi. Minggu kedua dah mula rasa tak best. Minggu ketiga aku dah mula alami halusinasi. Bukan lah halusinasi yang serius tapi sebab aku tak tau nak panggil apa so panggil je macamtu. Halusinasi yang macamana? mmm.. setiap benda yang aku terpandang membawa aku ke memori dulu-dulu. Dan bukan setakat teringat je tapi perasaan tu sama macam dulu. Suasana sekeliling pun berubah mengikut situasi dan cerita dulu. Zaman sekolah, di U di Celcom. Semualah. Ada juga beberapa perkara yang aku tak teringat lagi tiba-tiba timbul semula.

Ingatkan sampai tu je tapi ada lagi. Minat zaman remaja dulu datang balik. Aku kembali memakai sweater kecik dan antik aku tu. Dulu aku memang suka pakai baju kurung dengan sweater tu. Jadi fashion ikutan sekejap kat Celcom. 6 tahun masih elok lagi. Kalau baju lain, dah lama jadi kain buruk. Suit yang biasanya aku pakai, terbiar je dalam kereta. Senang cerita sekarang ni hilang terus imej korporat aku.

Lepas tu aku perasaan aku dah mula suka balik kat ikon zaman remaja dulu. Anuar Zain. Hahahak! Suka yang macamana tau, suka yang kalau dengar suara dia kat tv, sanggup berenti buat keje pastu terkebil-kebil lah tengok mamat tu. Kalau dengar lagu dia, boleh suruh orang lain diam. Ada satu hari tu masa tengok Mya Zara, boleh tak cakap kat makcik aku, "orang tengok Zizan Nin ni dah macam Anuar Zain laa.." Kebetulan mak aku terdengar, "huh, Anuar Zain aje.." Tetiba aku teringat mak pernah campak kaset Anuar Zain 'Bila Resah' masa aku tingkatan 4 dulu. Mak cukup menyampah dengar lagu Anuar Zain dulu. Sekarang dah ok sikit kot..

Ha, satu lagi ni aku baru perasan pagi tadi. Petang semalam aku balik awal nak beli wrapping paper tapi lain pulak yang aku beli. Aku beli 3 buku nota yang covernya 'Pooh'! Serasa aku time sekolah dulu memang aku giler benda-benda macam tu tapi bila dah bekerja ni aku biasanya suka organizer je takpun apa saja jenis buku nota yang penting kulitnya mesti warna hitam.

Haritu aku tertengok iklan kem remaja kat tv. Tetiba je perasaan tu meluap-luap nak join. Dulu time sekolah aku memang aktif. Camping, flying fox, panjat gunung, berkawad tengah panas semua aku dah buat dulu. Sejak bekerja ni tak berapa minat nak aktif sangat. Nak jadi perempuan Melayu terakhir kot.. dok umah.. blajar memasak... ;P Agaknya kalau aku dapat join, mesti aku peserta paling tak berapa remaja kat kem tu kan. Muahahaha!

Oh ada satu lagi! Hari tu lepas balik kerja aku ajak kawan aku pergi beli hadiah kawin kawan kitorang. Tengah syok-syok memilih tu tetiba sorang mamat ni terjatuhkan barang dan bergolek elok je benda tu kat kaki aku. Dia senyum dan minta maaf kat aku. Aku kata takpe dan ajak kawan aku pergi dari situ. "hensemnya..." , ntah camane boleh terkeluar pulak perkataan tu dari mulut aku. Kawan aku berhenti tiba-tiba dan pandang muka aku tak berkelip. "Oii ko ni kot ye pun.. budak-budak lah tu.." Aku gelak besar. A'ah memang budak-budak.. aku rasa budak tu baru 19, 20 tahun. " Err.. Aku cakap je lah..", aku tepuk bahu kawanku tu. "Hu, cuak aku kejap tadi.. aku ingat taste ko dah tukar. Ko pun jarang aku nak dengar ko puji orang macamtu tak macam masa sekolah-sekolah dulu. selalu tang hensem ni ko berkecuali. sikit-sikit, 'ah rupa jatuh no 5'!", dia mengajuk cara aku bercakap. Hampeh! Sikap nakal aku time sekolah dulu dah kembali ke?

Dan banyak lagilah.. aku nak cerita pun panjang sangat. Kadang-kadang rasa takut pun ada. Yelah, tak pasal-pasal berperasaan dan berperangai macam remaja pulak. Macam cerita 13 going 30 tu! Uhhh~ tidak lahhh...

Kenapa agaknya aku experience balik benda yang dah berlalu masa zaman remaja dulu. Mungkin sebab tahun depan aku 26 tahun, eh 26 tu remaja lagi kan.. kan.. kan..??? Hehehe. Ala-ala back to the future pulak.. ke back to the past nih. Hmmm.. Err.. korang penah tak kena macam aku yang aku alami sekarang ni??

Friday, December 01, 2006

Aku pergi dulu..

Hari ini hari pertama di bulan terakhir tahun 2006.

Saat-saat ini apa yang paling aku mahu adalah pergi jauh dari semua orang. Tinggalkan semuanya. Jauh. Seperti siput, punya cengkerang untuk menyorok bila diganggu. Begitulah keinginanku. Aku juga ingin sekali campakkan kerja yang menjadi punca keraguan dan berlonggok itu ke muka mereka. Biarkan.. Biarkan mereka tahu bahuku sudah lama terbeban minta dibelas.

Aku sebenarnya kecewa dengan sikap mereka. Aku juga marah dengan diriku sendiri. Aku malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain. Segalanya buat aku rasa gagal. Rasa sedih.

I need a break and i need some space. Aku ingin dapatkan kembali masa yang telah aku bazirkan untuk memenuhi impian orang-orang seperti mereka itu sedang impianku sendiri keciciran dan melayang entah kemana..

Aku ingin sendirian. Aku akan kembali bila tengkujuh di hati sudah reda.

Maafkan aku.

.

.

.

"Keraguan ini bukanlah padamu. Kekalutan ini hanyalah untukku. . . "

.

.

*Ema, aku akan buat review CINTA yang aku tengok semalam bila aku dah ok sikit nanti. Takpe kan?! Cuma pesan aku, pergi tonton. Kau takkan rugi.

**aku mungkin tak dapat dihubungi. maaf. jaga diri baik2.

.

.

[latest apdet : 8pm]

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...