Monday, December 01, 2014

it's finally december!!!!




Seriously i cant remember bila last cuci keta. Deymmm T__T.
Sekarang kan musim hujan petang petang.. *blame cuaca huhu*
Nasib laaa mak tak amik kaler putih uols. Tapi kaler cekelat gini pun bole tahan laa kecomotan kalau tak mandi berbulan. Deymmm lagi.
Ok la ok la hujung minggu ni kita gi mandi buih k.
Sekian stori mandi keta.

Nak stori pasal anak buah pulak.


Alhamdulillah last week kak ipaq da selamat beranak. Muka cino sebab genetic onyang dia la. Tak kisah la kan.. Janji sihat walafiat. Tapi ni pn belum klua pusat bersalin berisiko rendah. Abg kata ada infection paru paru. Sian dia ni. Tak pa laa.. mommy doa semoga cepat sihat k.
Insya Allah hujung minggu kita jumpa ye. Last weekend tak sihat sangat. Demam ngan flu. Nanti jumpa tak bole gomol gomol awak pulak. Sabaq naa.. esok mommy gi cari baju cantik cantik bg kat awak k. 
Love, mommy.

 Ni cerita pasal anak buah jugak. Tapi anak buah kat opis.
Sejak transfer division tiga pat bulan ni.. dan ada anak buah berbuahan ni, rasa tua la. Lagi lagi sebab anak buah buahan ramai da nak baya mak aku. Cara nak bercakap pun kena adjust, tone kasi lenggok lebih sikit. Mulut kena ringan sikit. Soklan pun selalu ala ala doctor. "Ada sihat ka?" "Sudah makan?" Haa gitu.

Bab lain macam komplen tu orang kata alah bisa je.. Lagi yang jenis personal attack nye komplen. So far ada la satu ni. Memang berbisa. Tapi bila pikir balik, ek eleh.. amenda la lu komen ni.. tak rasional langsung pun. Jadi, abaikan saja. Yang penting keja jalan.
Dan so far alhamdulillah, walaupun receptionist baru tak masuk keja lagi, budak budak yang cover sekarang ni memang terbaik! Plus, when u have a very understanding bos.. rasa semangat lain macam. Lagi lagi bila bos puji leadership skill haaa.. semangat membara la selama 5 saat!  Hahaha.
Apa apa pun ni baru permulaan. Next year macam macam lagi nak kena tempuh.
Hmm... InsyaAllah, slow slow la kan.

30 days to 2015. Fightinggg!!!






Tuesday, November 25, 2014

Weekend Getaway!

Ni stori haritu.
 
Alaa.. yang da sebulan haritu.. T___T
 
So here goes my basi stori.
 
It was actually an unplanned trip. Masa tengah sembang during lunch, ternampak this one promo. Dan jari jemari ni pun gatai nak try. Sekali try terus dapat pulak tu... Apa lagi, marilah menghasut rakan sejawat. Hehe. Since now dah report to different bosses dan division pun lain kan. Apa lagi?!
 
 
 
We purchased a very chep tic thru one of my staff punya relative punya travel agency.  Haa berapa banyak punya kan.. Itu pun sebab da give up time nak bayar online asik kena tunggu lama lama. Little that i know time tu tengah Matta Fair. Oh no wonder la price macam jualan runtuh. Dan online cam haremmm.. Pfftt.
 
Dalam masa tiga jam lepas buat decision tu baru memasing gigih update laki + mak + bapak.  Masa decide awal tu semua perasan single. Hahaha.  Dapat je confirm tic, baru perasan yang trip ni macam sebulan lebih je lagi.. memang tak dan la nak mengumpul duit sangat. Apa yang ada je la kan. Janji dapat jalan cari makan. Yes, memang pegi nak makan je ni.
 
So masa hari kejadian, agak rushing from ofis tepat 5.30pm. Dah la friday tambah lagi after office hour ni tau tau jela jam cemana kan.
 
 
But alhamdulillah we reached airport sebelum magrib.
Sempat makan ringan ringan dan borak wif full of excitement! Chewahh.. taip ni pun masih terasa ke'excitement'nya lagi.. haha! Bukan apa.. lama dah berangan nak holiday sesama. Masalahnya sorang ni dulu my boss, sorang lagi takde staf lain dalam unit dia melainkan dia. So kecoh sikit la nak cuti cuti ni.
 
 
Flight malam tu delayed sikit tapi alhamdulillah went smoothly. Tak rasa turbulance sangat. Cuaca elok. Landing cantik.
 
 
Kalau ikutkan lama jugak tak fly. Probably setahun ada kot. Atau lebih?!! OMG.. Lama da rupanyaaaa.. Haha. Paid rm260 for return tic + in flight entertainment + makan. Nampak sgt airlines comp sgt competitive sekarang ni. Tak kisah la kan.. kita gak yang untung. So to kill dua jam lebih yang bosang duduk tu, dok la melayan cite Godzilla. Tu pun tengok half way ja.  Half lagi, Godzilla yang layan kita zzz...
 

Walaupun mengantuk, once dapat food.. terus rakus sampai tak dapat nk dipastikan tajuk dinner malam ni. Hehe.
 
Touched down KK almost midnite. Jumpa driver, gi minum lepak jap then balik tido.
Malam tu ntah kul berapa budak dua orang tu tido sebab dengar soksek soksek lagi. Orang ni jangan tanye la.. dapat bantal, hmm selamat malam dunia lah jawabnya.
 
DAY 1. Amazing Race in KK.
 
Our 1st mission adalah cari makan sedap!

 
We had nasi panggang ayam penyet for lunch! Terbaikkk... Meleleh ayaq liuq tingat.
 
Pas kenyang terus exercise shopping kat pasar filipine. Bole la cuci mata.  Bukan beli sangat pun. Singgah yang tempat ikan bilis kering apa semua tu je.  Pilih pilih and packed siap2 satu kotak suruh orang tu sealed siap. Sekali timbang, 13kg kauu... Sape nak angkut tu oiii T__T Last last tinggal je kat kedai tu, esok datang amik.  Setell!!
 
Then cont kat sebelah dia pulak. Bebudak ni beli and packed siap kepek kepek wajib. This time nasib baik 6kg je.. Ok yang ni bole angkut masuk keta :)
 
Then ayuh kita cari makan lagi!! Ke sepaggar kita. Mau makan lokan bakar dengan kelapa jelly.

 
 

Lepas licin empat puluh ketul lokan sambil gosok gosok perut, we have one last mission yang penting sebelum malam.
 
Iaitu, tengok sunset!! Yeayyy!!
 
 
As usual kat Tanjung Aru ni semedang je ramai orang. Aritu pulak ada event dekat dekat situ. Memang penuh kiri kanan. Bersepah sepah orang.
 
 
Masa sampai tu, view memang tengah cantik.. Sebok je semua orang nak bergambar gak.
  

 
Ntah berapa kali tengok sunset, time ni baru perasan betapa cantiknya sunset. Slow slow je bulatan matahari tu cecah hujung lautan ikut pandangan mata kita.  Dan dalam masa lima minit matahari pun terbenam. Memang cantik ciptaanNya.


 Kata da kan yang ramai makhluk bersepah kat situ. Siap ada tangan kingkong nak enterframe. Tu belakang tu uncle naik moto jual aiskrim pun enterframe. Time tu la pulak nak acah acah cecah tayar kat air laut kan..
 

Okay, last kopek gambar sebelum balik.
 
Eh, tapi bukan balik terus.
 
Next destination, pasar malam kg air dengan satu lagi tak ingat nama dia.  Biasalaaa.. tadi kan da pegi pasar filipine. So dah aim benda benda yang berkenan.  Beli kat pasar malam la murah sikit. Yea.. kami cheapskate. If quality sama, why not kan. Pasar filipine agak overated sebenarnya.
Disebabkan sebok shopping maka gambar pasar malam tiada :)
 
 
Dah penat shopping kan.. So let's dinner.  Dekat dekat area cititel hotel ada satu restaurant ni nama dia 100% seafood. Penuh je semedang.
 

Cam biasa, my fav. Cik ketam. Licin.
 
Balik kekenyangan dan kepenatan. So far dapat cover semua tempat yang plan nak pegi dalam masa less than 12 hours. No word can describe. Tapi puas hati.
 
DAY 2 KK City Tour.
 
Lunch harini, percaya atau tidak.. memasing dah terkenan dengan nasi panggang ayam penyet!! So kitorang terjah lagi. Hahahahhaha...
 
Sebab harini just nak lepak lepak leisure so lepas dah kenyang, gi jalan jalan kat suria sabah. Dan memasing tershopping.. Hahaha! Biasalaa.. kak KL banyak menda da abis, kat KK tak laku. Vice versa.
Sebelum balik, gi singgah pasar kering amik ikan bilis kering yang bau tak hengat tu. Beratnya toksah kabo laa.. Nasib baik ada sorg tu gagah. Haha. 
Pastu otw balik, singgah jap tapau pisang cheese.  Argghh ni satu lagi lupa amik gambar!! Kebuluq punya pasal padahal baru je makan. Huh.
 
Balik pack pack bag semua. Lepak jap sambil try kopi la apa la yang beli kat suria sabah tu.
Haishh dah nak kena balik dah kan. Nasib baik semalam dah puas jalan satu hari.
 
Flight malam tu takdela lewat sangat. 9.15pm kalau tak silap. Tapi dalam airport building tu da kosong. Takde orang. Hahaha.

 
Kalau penuh orang, takdenye nak posing posing gini hoii.. hahahahah.
 
 
Flight pun tak full sangat. Ada la kosong sana sini.
 
Oh btw.
 
Sebelum bergambar ceria camni, ada la orang tu tercicir slip klua masuk kk tu. Muka pucat abis beliau. Hahahahha. Last time ada gak orang yang pernah kena n cakap leceh kena buat macam macam.. sampai gi polis pun ada. Mana tak cuak member!! Tapi nasib baik takde pape pun. Just tulis kat buku je. Pastu dah bole balik. Tapi kan.. tak kira, nak amik credit gak!! Citenye... masa kat kaunter tu, takut gak la if dia kena tinggal, so yang dua orang ni apa lagiii.. sengih sampai telinga, kelip kelip mata (kelip yee.. bukan kenyit!!) siap kat imigration. Friendly abislaaa i telll yaaa.. Lepas kawan kita dapat lepas, err lantak ko la di situ encik imigration. Tak koser nak senyum sengih lagi dah. Hahahaha..
 
 
Balik on time, takde delay. Bye KK. Nanti kita datang lagi.
 
Reached KL da tengah malam. Balik dan terus zzz.. Mimpi foods yg sedap sedap!
 
InsyaAllah.. jika Dia izinkan, jika dipanjang umur, kita sampai lagi.
 
Well, KK memang ada soft spot sikit kat hati ni. Not just because of wan, tapi tempat tu sendiri. My 1st trip jenjalan dulu dengan kawan kawan pun gi KK la.  It was 10 years back. But i still have that feeling. That warm glow inside. Macam jatuh cinta kot. Haha.
 
Ok la. Tu je nak stori. Nak cont keja. Daa..
 
 
 
 


Tuesday, November 04, 2014

My countless trip to KK



Nite view from the top. 

Ikutkan dah lama tak terbang malam malam. Especially to familiar destination. Kalau kira kira, ada dekat tiga tahun! Woww..

Nanti stori. Teaser jek ni :)


Sunday, September 28, 2014

U'r always there for me, EXCEPT... when i need u the most.



I really wanted to talk and share things yg bothered me with someone super important to me. But..



#Tak marah. Kecik ati je.



Hmm.

Monday, September 15, 2014

Tuhan sedang menguji barangkali..


Never i imagine di ofis, akan ada a bunch of people yg kena report to me. As someone yg tidak bercita-cita tinggi, cukup makan pakai dpt berjalan dah bahagia dah. Jadi executive cabuk pn da ok. Tak terlintas nk jd manager ke ceo ke.

Tp unsangkarable thing berlaku lps 2 area dlm unit dikeluarkan drpd  comms division. Officially now i have about 11 people who will b reporting to me which is insane cos i stil have to manage d lounge as well and now u give me this!

I wonder y sejak kecik people always seen me as a leader padahal aku cukup tak minat nak lead apa2 pn. Apatah lg managing people.

Apa2 pn, lps fikir2 aku anggap ini satu cabaran dan tanggungjawab yg harus dilaksanakan sebaik mungkin. Tuhan beri mungkin sb mau menguji adakah aku akan jd lbh baik atau sebaliknya. Aku tau bukan mudah. Semoga aku akan jd manusia yg menyenangkan, give n take dan bertanggungjwb. Amin.




Wednesday, September 10, 2014

Start Counting.

14 days to Mak bypass surgery schedule. Probably extend. Tak sure lagi. Depending on her condition jugak. Plus minus macamtu la dalam 2 minggu lagi.

So far, cuti dah approved. I'll be taking my leave start 22hb, kira kira dalam seminggu. Kali ni kena lebih perhatian. And level of depress mungkin berganda sebab dulu takde buat operation. Semoga dikuatkan hati dan beri ketabahan kepadaku jua. Maklum la.. anak yang suka memberontak macam ni la.

I don't really like to be in the hospital apatah lagi bermalam. Luckily tak jadi doktor ke nurse ke. Tengok orang sakit, diri sendiri pun absorb rasa tu. Ya Allah.. boleh tak tetiba rasa seriau nak laluinya lagi. T__T

Cuma kali ni dah fikir awal awal, if kena kicked out dari wad lagi, pegi tido kat surau. Bole la buat apa yang perlu. Last time tu tengah period dan fikiran kusut, tak bole fikir straight. And last time jugak, masa mak masuk CCU, terpaksa la merempat  ala setinggan serta tido duduk kat kerusi besi kat tempat menunggu dengan aircond yang maha sejuk. Sakit sakit badan. Dah tu, asik takut takut sebab sorang. Dan lagi takut kalau jadi apa apa, i mean bad news ke. Tak mintak, tapi kena bersedia dengan qada dan qadar.

Memang 'drama' realiti yang tak boleh dilupakan. I'm independent person. Campak mana mana, dengan izinNya bole je hidup. Cuma bila masa tu involve hal nyawa dan dalam tekanan sebab takut if anything happen dan i need to face it alone, ya Allah.. i admit, tengah malam tu memang menangis teresak-esak, tersedu-sedan like nobody business. 

Alone and lonely. Scared. Hopeless. Kalau ada tangan yang menghulur, bahu untuk diteduhkan kepala yang berat dengan tekanan ni, alangkah bahagia nya rasa, kan..

This is only one side of the story. Selebihnya dah tanggungjawab sebagai anak. Ikhlas buat semua tu. Ini cuma sebahagian sisi cerita yang terbendung dalam diri sendiri. Atau mungkin penjelasan nak bagi orang faham, kalau ada yang nak faham (ehem..) that i need that someone to be with me to go thru this situation. Independent macamana pun.. i'm stil a human being.. kan.


.
.

Ya Allah, boleh tak saya mintak orang yang menyenangkan hati saya menemankan saya walau bukan secara fizikal, cukuplah selalu ada untuk saya share beban hati ni sepanjang saya dekat sana..



Wednesday, August 20, 2014

Done


Dari haritu lagi, taip taip, simpan draft.

Nak post tp fikir berkali kali.

Kalau ikutkan, tak kisah sangat nak post sebab bukan ada yang baca pun blog ni.

Tapi macam entah la.. nak fikir sikit lagi kot.

Maka dengan itu, meh la divert cerita lain.. :)

Masa bulan puasa haritu...,

Akhirnya berjalan jugak event aku.. Alhamdulillah.

Memang dah berkira-kira dari awal nak buat event ala ala hijabista masa bulan puasa sebab bila dah puasa, tak makan, so bajet bole hala ke tudung.

Lepas mencari-cari dalam masa seminggu dua sebelum puasa akhirnya dapat jugak sorang supplier ni yang bagi price baek punya.

Dan alhamdulillah the event went well.  Tudung free dapat, tutorial dapat, kalau tak bersyukur gak.. tepuk dada tanye selera la. Nak ku cepuk sorang sorang, da tua. Huhu.

So the day after, kebetulan kena attend this one event kat PNB. Muslimah attire. Matching pulak tudung dengan baju. Bila jumpa orang (baca: kawan rapat) yang cakap tudung cantik, aku terus bagitau,

"by mia mikhail.."

Sambil tunjuk label. Hahaha. First time pakai tudung ada label uolss.. Hampeh..:P


 Thanks Mia Mikhail!

 I love the tudung walaupun muka bulat makin bulat tapi rasa konfiden sebab kain dia sangat selesa.

Kot sesapa nak skodeng apa yang dorang jual, sila lah ke website dorang.
 
http://www.miamikhail.com/store/index.php?route=common/home

 My fav adalah telekung yang cantik cantik dan kain gila best.  Berani cakap sebab dah rasa sendiri kain dia macamana.

Ok, next event will be sushi making.

Sapa ada contact bole sharing is caring please.. :)

Friday, August 08, 2014


Perigee malam ni.
Kan best kalau dapat tengok dengan mata sendiri, amik gambar dan simpan dalam kotak memori.
Jap cek akaun tengok balance cukup tak nk bawak kuda emas pegi cari tempat view cantik.
Hmmm.
.
.
#HatiBeku

Monday, August 04, 2014

Raya Break


Ms Ice Cendol & Ms Choc Floss had so much fun! 

And wearing their best smile :)


Saturday, July 19, 2014

17

Unforgettable July 17.

MH17 tragedy breaks people's heart.

I' m also, in my case,

It's someone's heart.

When u break someone's heart your breaking your own too.

All these while I tried to avoid drama but in reality,

My whole life was a joke.

I made mistakes. And some mistakes u can't just washed away with tears so,

I need to find my self back. My pure heart 7 years back

Where do i go from here. Should i follow what heart says or to fulfill parents wishes,

I just want to find the turning point in my life.

And things happened for reasons,

I pray to Allah for his guidance, for a better way of living. And to show me the person i care the most, the person i can't live without

So i can wholeheartedly agree to the decision to what Allah has decided upon,

In the holy month of Ramadhan.










Tuesday, July 08, 2014

senti-mental

While deleting benda2 dlm my old blackberry sambil dgr lagu ingrid michaelson, tetiba rs sentimental pulak.

Aiseh.

Seriously gila syg kt bb. My 1st n only canggih fon i ever have itu pn atas ehsan wan bg birthday present.

Tweet, fb, whatsapp, bbm, memo ala2 diari hatiku pn ada.  Haha. Gila sentimental i tell ya!

Skrg ni pn tgn dok update blog, telinga dok dgr lagu n both dr dua hp yg berbeza.

Hmmm.



Saturday, July 05, 2014

salam ramadhan

Alhamdulillah harini da masuk ramadhan ke 6. Cepat masa berlalu. Baru nk tune mood ramadhan tau tau da seminggu. Aku kah yg terlewat atau masa yg tercepat? Tajuk lagu sgt kan :)

Mcmana sekali pn, selamat berpuasa untuk semua. Semoga dipermudahkan urusan ramadhan kita semua. Amin.



#1st update fm android. Stressnyeeeee nk taip T_T tak berapa favor la guna android. Disadvantage utk org yg belajar typing skills dan jemari gemok dan sense-less sprti aku!

Monday, June 09, 2014

Lauk ku tak cukup pedas?


Mak kan dia ni selain berkebolehan menjahit, bercucuk tanam pun menjadi!


Mini kebun belakang umah. Main tanam dalam pasu je. Asal bole je kan. Tapi menjadi pulak tu.


 
Antaranya, daun kari.. daun kunyit.. pokok bendi., daun pandan.

Rumah kami ni tak banyak tanah.  Batu banyak la.

Agak-agak kalau banyak tanah, sure penuh semua sayuran ada kot. Jimat duit tak payah pergi pasar kan. Nasib kolam ikan, reban ayam takde. Kalau tak, complete!
 

Ni la pokok cili.. kot la tatau tak penah tengok kan. Haha. Pokok cili ni kat depan rumah pulak. Tak cukup kat belakang, depan pun jadi. Merimbun cili dia. Sampai senget batang pokok. Kalau tak silap, ada tiga pasu. 

So alkisahnya, petang semalam mengecek la cili orang tu...


Nah! Satu pokok dapat satu mangkuk. Alhamdulillah...

Terus rasa berselera pulak, padahal cili padi je punn..  Haha. 

Dah berapa hari ni masak tak berapa nak umphh sebab takde cili.

Lepas ni confirm hari-hari masak bertemakan cili padi hehe.

Friday, June 06, 2014

Friday chat





It's about time to change my BB. But i'm not keen on the idea of spending thousands ringgit on gadget sahaja.
Dan kerana poket tak cukup tebal dan cukup ringgit untuk membeli yang canggih-canggih, maka tahan saja selera nak ber'touch-screen-phone'.
Nak meminta-minta, is not my style ok.
Tapi orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Dan umpama jatuh dari langit, nahhh berdebub ke riba.

.

.



Alhamdulillah.......

But i feel bad when people questioned, 'why r u look so plain? if i la, i dah buat jumping jack non stop tiga hari!'

Hahaha. Gila.

Tell u the truth, i feel blessed. Sangat sangat. I'm just not that kinda jumpy type.  I'm not good to show how i feel.

My botox-face type ni memang emotion-less. Terribly bad actor i tell ya.

Probably these little friends of mine can help.

.

.

.



This is how i feel! Indeed.

THANK YOU SOOO MUCHHH!

Wednesday, June 04, 2014

AA.


Some people don't understand how blessed they are. So be thankful for what u have rather than focusing on what u don't have.

Friday, May 23, 2014


Her current habit. Masuk jari dalam mulut. Gigit jari tu karang.. Ahmmmm... 
Gusi gatal sebab nak tumbuh gigi tu rasanya. 6month+ dah. Cepatnya masa berlalu.
Mommy miss yaaa!! xoxo




Monday, May 05, 2014

Happy Working!



Orang kata, kerja mana mana pun sama je. Pasti akan ada orang dan masalah yang kalau tak sama, mesti serupa. How we manage the situation, manage diri sendiri, manage stress dan sebagainya tu yang penting. Not to forget, friends. Define friends? Well, tepuk dada tanya hati. I'm not here to judge. Just pointing out some points.

Recently, (come to think of it again, it wasn't so recent) ada viral yang melanda my so called conglomerate company ni. See big company pun bole ada viral ye. In spite of cubaan menabur fitnah dan menghuru-harakan our division, we stay calm. Yes we do feel upset but it was only for a day, maybe less. Then we're start looking at the bright side and apparently it brings positive impact to us. Our bonding and sisterhood is now in a very good term. In a way yang kalau boss is unhappy, kita bawak dia keluar from the office pergi lunch or minum. We're talking and laughing like nobody business, leave all the burden and stress out and we feel light again. It's kinda routine. And i feel great to have this kinda people around me. I wouldn't ask for more. And btw, it was fun to watch 'drama' while working! Tempat kerja ko ado?? Hahaha. Happy working peeps :)




Wednesday, April 23, 2014

Cheque diskaun keta da dapat! Alhamdulillah. Kalau ikut hajat hati ni, memang dah sampai korea! Haha. Tapi.... ada perkara yang perlu didahulukan :)

Ini cita-cita kedua terbesar tahun ni. Belikan mak abah kereta baru :D Ya Allah mengingatkan aje pun dah rasa teruja!

Memang kalau boleh, nak sangat spend bekas duit bonus + bekas duit bayar vios tapi dapat balik haritu untuk pegi holiday. Tapi lepas ditimbangtara, tak apa lah kot. Hujung tahun nanti lepas bonus (insyaAllah..) bole je pegi.  Lagipun sekarang tengah sibuk dengan event yang bersusun. So macam tipis harapan nak cuti lama-lama.

Lepas tu bila diingat-ingat balik masa aku kat universiti dulu, loan PTPTipu dapat tapi loan abah pun dapat gak! Mesti time tu abah pun ada keinginan sendiri macam nak gi jalan or shopping ke tapi kena put aside sebab fikirkan anak dia yang tengah study nak guna duit. As far as i remember bukan sikit-sikit pun abah bagi. Ada dalam 300 to 400 every month untuk hampir 4 tahun. Kalau aku kira ada dalam 14k la juga. *Telan ayaq liuq*  Belum campur adik dua ekor kat umah yang tengah sekolah lagi time tu.

So kalau abah bole sacrificekan keinginan duniawi dia, y not me?! Jadi, bermuhasabah la aku sebentar. Dan sebab itulah aku nekad labur sahaja duit tu buat downpayment. InsyaAllah kalau da memang rezeki aku nak berholiday, kemudian kemudian nanti ada la tu.

Lagipun kan.. deep down inside, aku takut tak berkesempatan nak membalas budi orang tua :(

All submission da setel now tengah tunggu final approval je. Once approved, tenyeh tenyeh paper sikit pastu da bole bagi present kat dorang. Ikat-ikat riben sikit macam dalam pic ni :) Dulu, duluuuuu laa, penah berangan nak belikan dorang keta as present untuk anniversary dorang. Memang tak bole nak describe dengan perkataan cemana kegembiraan hati beta kalau dapat buat betul betul. Haish.



Mohon semoga dipermudahkan semuanya. Aminnn...

Monday, April 21, 2014

Cerita Kawin : 2014 version


To some people who might not know (laaa sangat kan.. haha) yes i have an oval face shape and WIDEEEE forehead! Orang peghok kata, jendoi. Dah genetic cenggitu.. Dahi jendul clan!
I love this photo sebab nampak matang and healthy. Healthy in a way, tak gemuk tak kurus :).  Orang da umo 33 ni memang suka cakap pasal healthy.  Ye, memang  angka 33 tu da 'berat' but i have nothing to shame of la.. Yang patut malu, bila perangai yang tak sync dengan age je!
Macam biasa, standard topic yang akan keluar bila bercakap tentang age yang macamni, definitely about marriage. Orang takkan tanye, "dah ada bf ke?" at this age. Kalau ada, that's rare ok. In other word, insensitive. Lain la time 20s dulu i can accept.

To be honest, soal jodoh bagi seorang perempuan, age macamni, bukan benda yang seronok nak dibincangkan secara terbuka. Ada do and don't orang kata. Sama jugak dengan cerita orang da kawin, ada batas batasnya. Iye dak. So sindiri paham sudeh.

Comparing to 20s-me, i admit level of 'let-me-think-first' on kawin punya isu agak tinggi. Bukan nak kata dulu 'tak-payah-fikir-banyak-lets-terjah-je', tapi.. sejajar tahap kematangan kita, sematang itu jugak la keperluan untuk menimbangtara hal ni. For myself, bila kita buat komitment ie. berpasangan, benda terpenting dalam kepala dan hati ni mestilah, 'betul ke aku nak kawin dengan dia ni?' Maklum la, orang perempuan kebiasaannya pilih bf untuk dijadikan suami, bukan suka suka sebab sunyi. So senang cakap, masa awal-awal dulu aku dah pernah tanya diri sendiri soalan ni. Tapi selepas bermusim musim musim musim berlalu, bila tiba tiba disuakan soal ini, aku pulak yang terkedu dan rasa.. erm empty.

How to desribe eh feeling tu.. Hmm. Hmm. Hmm.

Macam ni la..

Mungkin benda ni salah diri sendiri jugak. Aim for high. Bila gagal, kecewa. Suprisingly walaupun kecewa, aku dapat bangun semula. Dan teruskan jalan yang sama. Umpama manusia yang diprogramkan semula. Hidup, tapi aimless.

Kalau nak kata trauma, terlalu berat bunyinya. Mungkin lebih kepada takut.  Takut untuk cedera hati. Takut untuk kehilangan. Takut untuk dibenci. Takut disakiti. Takut tak didengari. Takut ditinggal di tepi highway seperti ex wife sham kamikaze, oppss! Takut dan takut dan takut.. Takut yang bermacam macam ini mengaburi keinginan keinginan yang ada (itupun kalau masih ada.. T_T)

That day masa mak masuk hospital untuk pertama kali, somewhere in Jan this year, one of my auntie pecah rahsia. It's kawin punya stori la apa lagi. Tapi ada satu part ni memang kelakarama (kelakar + drama), abah told them he tak kisah if aku kawin orang tua ie. duda, bujang terlajak, waima jadi no dua!! hahaha taip pun rasa nak gelak ni! hahahaha. Abah kata, sebab age aku sekarang susah nak dapat lelaki muda or sebaya. Jadinya abah pasrah jika ditemukan jodoh dengan golongan tersebut. Asalkan orang tu baik, elok. Abah on jaa..

Hahahahahahahaha! Haii laaa.. abah abah. Untuk pengetahuan abah, anak mu ni takde la tua sangat (kot). Dan tidaklah anak mu kepingin nak jadi nomo dua. hahahahaha.. Tapi keredhaan abah tu sangatlah mengharukan. Tsk.

Aku tak nak semua orang susah hati. Dan bukan lah aku ni menolak jodoh. Cuma berhati-hati. Cuba nak faham lagi. Untuk tolerate lebih lagi. Dan nak lihat kesungguhan. Supaya dapat lebih pengertian berkongsi hidup (bukan bermadu ye!) ni bagaimana.

Pinjam ayat seorang sahabat yang dok bercerita kisah hidup dia dan aku rasa bole guna pakai, 'kita bukan nak cari lelaki hebat ie. kaya, hensem etc etc. Kita dah rasa lelaki tu cukup hebat bilamana dia cuba cari dan sebut kelebihan kita walaupun kita tau tak banyak. Berbanding lelaki yang selalu sebut dan cari kekurangan kita macam fizikal kulit gelap, gigi tak cantik, badan gemok etc etc., walau kaya sekalipun nampak tak hebat langsung sebab hanya fikirkan diri dan kepentingan sendiri'

Benda ni nampak remeh tapi siapa yang nak hidup dengan orang yang hanya fikirkan diri sendiri je. Ye tau memang ramai orang tak reti memuji, i'm one of them. Tapi kalau da tau tak reti memuji, tak perlu la nak mengeji. Cakap benda elok elok kan macam doa.



Apa apa pun, aku bersangka baik.

Oh, btw ini bukan entri cari jodoh. Bukan yee.. :P



.

.


Earlier on entri ni cuma seperenggan. Duduk dalam draft. Edit lagi, tambah seperenggan. Macamtu la dok ulang ulang since minggu lepas lepas.




Monday, April 07, 2014

Puteh.


 
Dari semalam teringat nak stori pasal ni.  Tersayat sayat rasa hati bila teringatkannya T_T.
 
 
 
 
Kucing ni as u can see, sama macam color bulu dia macamtu jugak la kami panggil dia. Puteh. Dia ni anak kucing residen umah kami. Wah, residen kauu! haha. Dia ni antara kucing fav mak. Disayang sayang ditatang tatang dek mak.
 
Dek kerana mak Puteh dan Puteh sendiri asik la beranak, maka tak terjaga lah kami. Kebetulan ada pulak jiran sebelah taman yang sudi nak bela Puteh. Maka diambilnya dan dibela.
 
Jiran sebelah taman pun takde la sebelah sangat. Lebih kurang satu kilometer lebih jugak lah.
 
Kalau tak silap, daripada hujung tahun lepas lagi dah diambilnya Puteh. Jadi semalam mak cerita, katanya Puteh dah balik ke rumah.
Petang tu mak terkejut tengok ada kucing lain masuk rumah, double terkejut bila perati betul betul, Puteh rupanya. Esoknya dia hilang. Lepas dua hari Puteh datang balik.
Kali ni kembali bersama anaknya.
 

 
Mak kata dia bagi Puteh dengan tiga anaknya sekali. Dua yang comel comel. Yang hidup cuma sekor, color oren yang kurus cekeding.
 
Sambil mak cite sambil aku bayangkan.
 
 
 
Jalan mengkuang (B) nak ke Jalan perapat (A) bukan dekat dekat. Mau lecak ketiak kalau jalan kaki. 
 
Bayangkan seekor kucing nak balik ke rumah tuan asalnya. Meredah territory anjing, kereta dan bahaya lain.
 
Serius aku rasa sayu. Tak payah dah tengok cite pasal anjing yang balik cari tuan, Puteh pun dah buktikan, kucing pun taatkan tuannya. Atau rindu, mungkin.
 
Kesiannya Puteh. I cant imagine susah payah dia mengharung kilometer untuk pulang ke rumah. Pergi dan datang semula bersama anaknya pulak. Sedihhhh... :(

Sedih lagi.. :(
.
 
.
 
Tuhan yang maha pengasih, lindungilah kami dari segala bahaya dan kemudaratan. Permudahkan lah untuk kami. Amin.



 
 
 
 
 


Friday, April 04, 2014

Jumaat 4/4/2014






Salam Jumaat. Semoga semua mendapat barakahnya.

Intro dah ala ala nk bagi tazkirah kan. Hehe. Tak ada tazkirah pun. Macam la ada orang nak dengar pun. Tapi sebenarnya nak cite something yang menjurus ke arah itu la jugak ni.

Citenyee.. kan abah pernah sakit teruk last year tu, and early this year too.  Walaupun aku ni orang kampung tapi i always believe if sakit, mesti ada sebab as in medical statement ke.. or something like that. Jadinya... results went out, abah is a healthy man. Meaning jantung ok, buah pinggang ok, diabetes tak ada. Normal!

So dek kerana jiwa orang kampung yang menebal dan kental dalam diri orang tua tua kat umah tu, dorang gi berubat cara tradisional dan islamik. Dua tiga tempat. Dan tempat yang last tu baru serasi. Penggunaan ayat-ayat Quran.. takde 'menurun menurun' apenda merepek-repek kan..

But hmm.. the result sounds hmm.. nak percaya... tapi.... susah tapi..... kena percaya. Ha macam tu la rasanya. Lebih-lebih lagi lepastu abah pun beransur sihat. Now da back to normal. Alhamdulillah. Bukan aku tak percaya benda-benda ghaib ni, ye aku percaya bukan kita je penghuni alam ni. Cumanya.., otak aku susah nak proses kenapa orang nak guna benda-benda macamni dan 'hantar-hantar'.. 'tuju-tuju'.. hanya sebab cemburu! Kau tak takut ke buat macamtu? Kau tak fikir ke kalau Tuhan balas balik kat kau macamana, tak takut? Serius aku tak paham. Takleh hadam langsung la benda ni. Betul ke orang sanggup buat macamni? Tak kan laaa...

Haa berpusar-pusar dalam kepala otak. Serius aku tak paham. :(

Aku ada jugak orang yang aku rasa, memang takleh blah! tapi tak ada pulak rasa nak guna makhluk ghaib nak sakitkan orang tu. Apparently ada (ramai pulak tu) je orang sanggup buat. Perghh..




 

So senang aku conclude kan, manusia jenis ini.. manusia sakit mental. Titik.


#kan dah kata ini bukan tazkirah.. ini bebelan :)

Tuesday, April 01, 2014

I am your little girl

My mak has been admitted to Banting hospital, yea again. I know.
Macam-macam hal family. But i can tell the most affected person, is abah.
Mom is sick, abah's old car broke down, day before kenduri had an accident.
All those thing involving $ and emotions.
I will give abah my old satria, definitely and still considering my new vios reimbursement discount for him to buy a new car. Banyak calculation kena buat since my decision on buying vios pun sebab nak dapatkan reimbursement discount tu untuk top up my daily or any emergency expenses.
I'm worried his old body can't cope anymore. He's reaching 70, and i think he just acting sihat dan kuat but reality is a different story.

That day masa mak admitted kat IJN, my sis in law nak amik unpaid leave nak jaga mak.  I told her not to worry much. Simpan cuti for other things.
Let abah jaga mak. Since i'm worried abah ulang alik daily from Telok to KL dengan traffic jam, toll and everything, so i think it's better for abah to stay with mak, in a way jaga mak kat IJN. 
 I don't care much if people kata i mengelat tak nak jaga mak. People will always talk. I just don't want them both sakit at one time. I can't take it.

I know mak sakit so let the experts do their job.  My job is to take care of abah, indirect way la.. Since he's so stubborn, perasan kuat. If i offered him money pun dia tak mau ambik. Orang tua memang macam tu la. So put them both in a place together da buat hati rasa lega. Bilik first class, tak sharing so ok la kan. Ala-ala holiday for them jugak la.

Thanks to our precious Najla. My little brother's daughter. She's the sunshine in our family. I can see abah face glowing everytime when his granddaughter is around. Najla pun agak mengada dengan atuk dia so sedang elok sangat la tu. Haha.

Ok, I need to go and visit mak today. Mak texted kata baru nak masuk darah. If that case probably tomorrow la baru bole discharge ni.

Tomorrow pulak ada visit. Hmm.. nevermind, i can handle this. Preparations semua da siap. Patut tak ada masalah. In case la i've to decide nak amik mak balik or attend to this event, u should know my answer by now :)

.

.

I am still a little girl to u. But it's time for daddy's little girl to take up some responsibilities and be a grown up lady.










Thursday, March 27, 2014

:)

Alhamdulillah. Dah dapat dah.
 
Pangkal W, penghujung U.  Sesuatu sangat kan.



Alphabet yang lain macam tu mengapit nombor-nombor kesukaan sayaa!!
 
 
Gembira tapi penat.  Keja tengah banyak.
 
Kendian la sambung gembira gembira ya.
 
Daa..

Tuesday, March 25, 2014

GOOD NIGHT MH370. SLEEP WELL.



i'm one of millions people out there yang living in denial bila mana tragedi MH370 dipertontonkan ke mata dunia.
 
dalam hati kecil ini, sentiasa memanjatkan harapan agar mereka ditemui dan masih hidup.
 
harapan yang sebesar hama sekalipun kalau dikumpul bersama harapan berjuta manusia di luar sana, dah pasti menggunung tingginya.
 
 my heart says, i want them to be found alive.  walaupun logik di atas kertas, cuma sebesar satu titik.
 
brokenhearted. that's how i feel right now. but my tears won't come out. sakitnya terasa di dalam namun tak terzahir.  i am no connected with them, the only connection that we have, as human being as muslim, as malaysian, as someone's daughter, as someone's sister is, we do have emotions.
 
my thoughts & prayers are with the families. and frens. be strong. the whole word is with u.
 
 
 
 
 
 
#orang kata, mereka yang melalui kejadian tragik seperti ini, ada beberapa fasa perlu dilalui. pertama-tama adalah living in denial. follows by grieving dan amarah. setelah itu barulah dapat menerima kenyataan.
 
 

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...