Friday, August 04, 2006

"?"

Salam Jumaat.

Esok aku ada Workshop cum Family day di PD. Tapi aku macam takde perasaan je nak pergi... Nape eh?.. Aku bukan setakat takde perasaan nak pergi ber'family day' .. tapi perasaan yang 'lain-lain' pun turut lesap!! Eh?! Entah kenapa, aku cuma berfikir tentang diri aku. Tentang kesyukuran. Tentang kekesalan. Tentang apa yang aku perlu lakukan untuk diri aku SENDIRI. Tiada nama sesiapa yang mampu menyelit, mencuri tumpuan dan perhatian ketika ni. Mereka yang lalu aku lihat, rasa seperti angin. Lalu, menyapa.. tapi aku tetap kaku. Maaflah jika aku tak melayan kamu sewajarnya. Bagi aku sedikit masa untuk mencari ke mana diriku menghilang lagi kali ini..

Petang semalam aku tak jadi berziarah. Tuntutan kerja mengheret aku menghadap PC sampai ke petang. Berkejar-kejar aku buat kerja semalam. Tak menang tangan. Mana nak siapkan submission, mana nak siapkan presention untuk workshop, nak ikat riben kat 80 hadiah games untuk workshop pun HAAKUU jugak!! Wuaarghhhh!! akak Cida, cepatlah balik sini... akak Ana, meh lah balik sini balik....

Pejam celik, pejam celik.. dah hari Jumaat. Esok dah hari Sabtu pulak. Cerita pasal pejam celik ni, sebenarnya mata aku dah tak larat nak celik ni. Kalau boleh letak mancis, aku sanggup buat (kot la..). Aku kurang tido lately sampai energy pun takde. Selalu 7-8 jam tapi 2 hari kebelakangan ni, 5-6 jam je. Tapi tak boleh nak kata apalah. Aku terima, redha je. Sebab bukan aku pergi curi ayam kat reban ke... jadi musang berjanggut ke.. sebaliknya aku ikut mak join majlis ilmuan yang majoritinya baya-baya mak. Aku sorang je adik 'comei' (bukan aku yang kata, wan yang kata..) kat dalam group tu. Tak kisahlah.. Kalau orang suruh-suruh aku tak suka pulak. Dah kesedaran tu timbul dalam diri, buat jelah. Bukan rugi pun.

Jam 7pm semalam, aku tinggalkan aje kerja aku. Balik rumah, mandi dan siap-siap ikut mak ke majlis bacaan Yaasin dan Tahlil kat rumah acik Ijan lepas Maghrib. Mula-mula mak mintak hantarkan aje tapi memandangkan ptg tadi tak sempat berziarah, baik aku ikut mak. Selepas selesai majlis, masa kitorang nak makan.., aku nampak bapak arwah, pakcik Ibrahim. Sugul sangat rupanya. Makcik sebelah aku pelawa dia makan sekali tp dia cuma geleng. Tapi makcik tu hulur jugak makanan. Aku tengok lambat-lambat pakcik tu makan. Masa tu airmata aku dah bergenang dah.. Aku terus tunduk. Menitis jatuh dalam mihun aku. Tuhan jelah yang tau macamana perasaan masa tu. Ya Allah...

Lepas tolong kemas-kemas mana yang patut, aku hantar kawan-kawan mak balik. Sampai rumah hampir jam 12 tengah malam. Lepas solat, cuci muka.. kaki sumer, aku baring sambil menonton TV. Bersebelah dengan aku, adik yang dah tertido dengan berseluar jeansnya dan di sebelahnya adik bongsu. Tiba-tiba emak menyelit berbaring diantara aku dan adik. Tak lama lepas tu aku terus bangun, masuk ke bilik. Dah mengantuk sangat dah. Rupa-rupanya sampai ke pagi emak tido kat ruang tengah rumah dengan adik-adik. Ingat lagi, sebelum emak baring, aku dah nampak mak pandang adik dengan pandangan yang berbeza. Tidak keras seperti selalu. Pandangannya seolah-olah bersyukur anak-anaknya selamat dan dalam masa yang sama rasa risau jikalau takdirNya menjemput kami dengan tragedi. Aku berharap tragedi haritu dapat membuka hati kami masing-masing untuk lebih menghargai apa kita miliki. InsyaAllah.

Malam ni ada tahlil lagi. Kawasan kami ada dua majlis tahlil serentak lagi malam ni. Harapan aku semoga tiada tahlil ketiga malam ini (harap korang faham maksud aku..).

*Acik Ijan bagitau nama sebenar arwah Najib, Nazrullah yang membawa maksud "Perlindungan Allah". Aku berharap kita semua dapat perlindungan dariNya juga.

15 comments:

Anonymous said...

arianna, kalo penat rehat saja.. :d

BooK said...

arianna:
tak de sape nak pujuk blog ni lagi ke?
kesian die...

kingbinjai said...

insyaAllah

Sham said...

Alhamdulillah... saya baca pun rasa sejuk jer hati... apa tah lagi makcik2 yang memandang anne hari tu..

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

arianna,

kadang-kadang bila kita tidak pernah menghargai org2 disamping kita, baru kita menyesal seumur hidup. bawa banyak2 bersabar arianna. tenangkan dirimu. banyak perkara lagi yang arianna belum kecapi. yus mahu lihat arianna hidup bahagia. arianna perlu tabahkan hati dan pesan pada adik2 arianna agar senantias menjaga diri dan berdoa kpd Allah SWT agar semuanya selamat. Insya Allah. yus ucapkan takziah pada keluarga arwah. Al-Fatihah...

regards,
yusairi.

Acaii Jawe said...

anne,
morning isnin wak..ehehe...
camne family day?hope sumenye ok...
tulaa,lenkali kalau takde mood ajakla org gi skali...buat penyeri..hiks...

arianna adrizal said...

darkz,
mmg nk rehat tp takde ruang. penuh. mungkin ptg ni nk ambil cuti pegi tgk movie. nk join? :P

book,
wuargggggh!!!! belumm..

king,
:)

sham,
sejuk ati ker?? ;p

yus,
betul tu. slalu mcm tu lah. dpn mata tak hargai, bila dah takde br rs kehilangan.. insyaAllah.

faisal,
haha! ok la jugak. ms smpai ada pkra sdih. smpai nangis. bila wat presentation org suka ,sumer tpuk tangan. trus hepi blk.
mood tu slowly dtg blk... laaa, awat tak ckp nk ikut?? ahaks! rugi awk tak naik banana boat!! ;p

Masy said...

akak x ske banana boat. banana split suke aa..hihi

blackpurple @ jowopinter said...

Kita lebih rasa bersyukur...........

Acaii Jawe said...

slm anne,

baru balik ni..sory amik tpt ni jwb soklan anne..my mail got a problem..weird, sbb firewall block mail dari kuar..baru nk rectify problem ni..sume org tanya nape tak dpt mail..hihi...

emm, tempreture problem ni byk penyebabnye anne...sblm tu nk tanye pakai kete pe anne? sbb bisa honda lama cam kte sy yg ada problem nih..hihii..kte baru jarang overheat nih..

emm,possibility dia byk...these r the things that possibly cause the overheat yg acai tahu... :

1.radiator
2.head gasket
3.head itself
4.radiator fan malfunction
5.fan switch
6.termostat

first,anne kena pastikan kipas radiator tu pusing tak...if ok then, kena tengok ada tak water pump or leaking hose...maksudnye anne kena isi air kerap tak kat radiator tu...?? bukan kat reserve tank tau anne, tapi kena bukak penutup radiator tu...

kekadang reservoir tu tak dpt supply ke dlm radiaotar dan dia kick balik kesitu...pastu anne tengok kat thermostat dan auto fan switch...kipas fan radiator tu pusing slalu ke atau sekejab berenti sekejab pusing...kekadang setting dia tak betul..kalau2 ada rosak or takbleh pakai la ke thermostat tu...bleh gak nk buang terus thermostat tu...

pastikan juga takde leak in ur cooling system...faulty kat anne punye wiring system pun kekadang bleh sbbkan hal nih...

emm,lagi penyebabnye ada leaking kat head gasket...ni masalah honda biasa...hehe..tukar je head gasket dah ok...tapi kerje leceh dan adalah langkah yg terakhir skali if sume tu ok..head ori kalau honda dalam rm200..tapi kerja2 diapun lebih kurang sama harganye...

kekadang kalau dah lama sgt berbaloi kalau tukar je hose yang dah wear and tear tu..sbb sume hose2 tu ada jangka hayat dia sendiri...

kekadang head tu sendiri yg bikin problem...kene skimmed pastu mmg ok balik dah...kesimpulannye...anne try try servis dulu radiator tu...

kekadang ada crack kecik kat head radiator tu...kecikpun bleh sbbkan benda tu tau...emm,rase acai tu je kot yg sbbkan overheat kat kete nih...yg lain mmg tak terlibat...if sume benda2 tu ok,mmg takkan ada overheat...sekian...hehehe...

arianna adrizal said...

kak,
itu makanan daaa.. tak takut gumuks lg da eh..kehkehkeh.

BP,
ya, itu yg sy rasakan skrg..

Anonymous said...

salam anne...have a nice day awk! =)

arianna adrizal said...

salam kurzz..

same goes to u!!!

:)

arianna adrizal said...

salam acai,
huh, bynk gak sebabnya eh. ingatkn sket je. satria, keta abg sbnrnya ni. rasanya dia bli tawon 98 la kot.lama da.

sblum ni, rsnya da 3,4 bln gakla mmg penah jd overheat ni. kipas radiator tak pusing so kena selalu isi air. pastu abah da bwk gi kedai, betulkn. da elok da.

anne noticed benda ni ms br2 blk sini, ms tu pegi s.alam. then ms balik tu anne bwk laju >100 sbb da lewat mlm. smpai kat t.lite toshiba tu, anne tgk jarum meter temp da lebih dari setengah, mcm nk overheat. (selalunya jarum meter tu bawah sket dr setengah kan..). anne ingat sbb bwk laju sgt tu yg jd mcmtu. so skrg anne bwk <90. tp bila berenti kat t.lite, jarum meter tu kekadang jelah cecah tengah2. tp kalau bwk laju, eventhou pegi kedai depan tu je pun confirm jarum meter tu naik. takpun, bwk keta slow2 gi kedai.. da smpai kdai, kuar bli brg tp tak matikan enjin, dlm 5 mins camtu.. pun leh jd overheat jugak!! peliks tul ar..

yeah, bila sebut overheat je.. tak lain dlm pale otak ni trus pk radiator. slalu abah yg servis sbb anne tak suka pegi sendiri nnti kena tipu!

oklah acai. thanks alot utk info yg berguna tu. blk ni anne nk tgk2 dulu. so kalau org kedai tu nk tipu anne, siaplah dia.. ;p

Anonymous said...

Best regards from NY! discount hair removal pics of women with small breasts local las vegas casinos Ativan addiction.html J online craps Nebraska beatrice laser tatoo removal hair removal Laser hair removal southern maryland com neurontin evista neuropediatria vertigo Cadillac car logo tamiflu without a prescription discount discount buy buy protonix online laser hari removal Jogging nike traction

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...