
Khamis. 3 Ogos 2006. Jam 7.58 pagi. Suara mengaji di masjid masih sayup-sayup kedengaran. *Nota kaki*. Sayu sungguh rasa hati.
Malam tadi, 8.30pm. Ruang rehat keluarga. ~
" tengok ha.. menggigil lagi rasanya". Emak yang baru keluar dr bilik air tiba-tiba berdiri di hadapan aku dan makcik. Aku tak pasti dia bercakap dengan aku atau dengan makcik.
" kenapa.. sejuk? ", aku tanya macam orang bodoh.
" apa sejuk pulak! ".
" ke.. anxiety disorder. kehkeh..", saja aku mengusik.
Mengekeh-ngekeh makcik gelak. Emak diam.
" Anak pak Harun meninggal tadi. " Terus mati senyum nakal aku.
" Pak Harun mana?", aku garu kepala.
" Adik si Rizal (bukan nama sebenar)..". Aku garu kepala lagi. Sambil berkerut muka berfikir.
" Alah, tak kenal lah. Nape, eksiden? ".
" Apa orang kampung pun tak kenal!", makcik aku mengusik. Aku sengih.
" Eksiden kat jambatan timbang tu. Keretanya langgar lori berenti kat tepi jalan. Acik Silah datang menangis-nangis dia kat pagar tadi. Yelah, tak anak dia, anak kita pun ada sekali. Dah tu geng-gengnya. Manalah tak menggigil-gigil mak ni.. terkejut ".
" Innalillah....".
" Anak acik Ijan ni tengah koma sekarang. "
" Ha, anak cik Ijan pun ada sekali??! ".
Rupa-rupanya ada 4 orang dalam kereta tu. 2 adik-beradik dan 2 lagi kawan-kawannya. Seorang meninggal, 2 koma dan seorang dah dipindah ke wad biasa. Daripada gambaran yang mak aku berikan, rasa-rasanya aku kenal budak tu. Anak acik Ijan tu dah tentulah aku kenal. Selalu datang ke rumah dulu. Sebab dia berkawan dengan adik aku.
10.40 pm. ~ Aku dan mak balik dari rumah makcik Yam, ada bacaan Yaasin untuk budak-budak yang terlibat. Kami tak terus balik ke rumah tapi ke rumah mak Ijah. Pulangkan pinggan mangkuk dia. Bila da cukup korum, da ramai, cerita kejadian tadi kembali jadi topik.
" katanya nak belanja makan sbb baru dapat gaji ke bonus apa..", mak Ijah memula cerita.
" anak si Ijan tu teruk, doktor kata 50-50. budak tu duduk belakang sampai terkeluar dari kereta. kena pulak tang kepala dengan tengkuknya. dorang yang pegi tengok tu kata masa dekat hospital, darah melimpah-limpah sampai ke lantai. banyak!!"
Cukup!
Sampai perkataan darah je.. aku dah mula nampak bintang-bintang.. Dan-dan tu jugak aku terus tukar topik. *Nota kaki*
" Mak Ijah ada belajar kek baru? ". Makcik aku senyum dan terus bangkit menuju ke dapur. Sambil tu riuh mulutnya bercerita tentang kek barunya.
Ting! Yea. Bijak.. bijak.
Pagi ni, 9.30am ~ Aku menulis tentang kejadian yang sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan aku (mereka yg terlibat tiada kaitan kekeluargaan secara dekat). Tapi impaknya begitu mendalam. Mungkin kerana aku mengenali mereka atau.. mungkin kerana KEMATIAN itu sendiri. Pengertian kematian itu meninggalkan kesan yang maha hebat dalam diri aku akhir-akhir ini. Bermula dengan kepergian yang tak disangka-sangka seorang aktor. Diikuti tragedi yang hampir meragut nyawa seorang blogger dan terbaru kejadian semalam. Aku kutuk diri sendiri kerana lupa akan kematian tatkala leka dengan kerja. Aku kutuk diri sendiri kerana lupa akan kematian sedang leka menulis tentang duniawi. Moga Allah mengampuniku.
*Nota kaki : di kampung kami, setiap kali berlakunya kematian penduduk setempat.. maka orang yang bertanggungjawab di masjid akan mula mengaji selepas solat Subuh hingga ke dinihari.
*Nota kaki : aku tak boleh dengar, baca, sebut, lihat DARAH. aku selalu pengsan bila pergi check darah. aku alien kot.. :P
* Apdet 1.40 tengahari ~ Aku terima panggilan telefon daripada emak. Anak acik Ijan, Najib telah meninggal dunia jam 10.30 pagi td. Al-fatihah untuk arwah. Aku mahu pulang awal untuk berziarah.
12 comments:
Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah
Darah Darah Darah Darah Darah Darah Darah
hahahahhahaha
sham : hahahahaha
arianna : ko bukan alien, mungkin ko ada anxiety disorder kot?
sham,
cis!
king,
wuarghhhh.. lagi kejam!
hahaha... pengsan tak tadi? kalo tak pengsan, nak sebut lagi.
erk. cun nyer pemilik blog ni..
kita doakan sama2 agar arwah di tempat dikalangan org2 yg beriman. Insya Allah.
first time datang sini.
nice contents...
ni bukan spam nye comment btw hehe :P
innalillahhi wa inna ilaihirajiun....smoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman ye...
wak, ati2 dricve tu ek..jambatan timbang tu sempit sangat kalau byk kenderaan...lagila kali ada trailer parking kat tepi2 jalan...member sy ada sorang meninggal langgar blkg lori kat jenjarum...
awk takleh nampak darah ek..mesti tak penah derma darahkan...hehe...sy suke tengok misi tu cucuk tangan sy kalau nak derma darah..hehee
sham,
o, tima kasih jelah bebanyak. tak sempat nk pensan. bz. tp rs fenin je la.
nash,
rupa sekadar hiasan.
yus,
insyaAllah.. amin.
zakzak,
thanks alot. appreciate it :)
faisal,
mm.. sy rumah dkt. awk tu, drive carefully. jgn nk lumba. eksiden tu akibat berlumba la.
pg ni mcm mamai sikit. sbb tak letih sgt kot. smlm blk keje, mandi2 trus pi tahlil ngn yaasin, pastu tolong kemas2 smpai kul 11 lbh. dah 2 hari mcmni. pg ni dah takde energy.. hmmm....
tulah pasal. teringin jugak nk derma darah tp baru je nurse tu cucuk jarum, kepala sy trus pening. pastu pndangan gelap,nmpk bintang2 dan trus pitam. bkn sekali tp tetiap kali. susah tau..
innalillahi wa inna ilaihirajiun, hmmm ngeri je bab-bab kemalangan ni kan?
~alinlai~
kak alin,
ha'ah. sy bab lain kurang la takut tp bab satu ni mmg laaa.... kat sini kalau jem pnjg haa.. ada eksiden la tu. kaki sy sure da gigil2. tp kejadian aritu mmg satu tragedi. pengajaran buat semua.
Cool blog, interesting information... Keep it UP Face lift surgery san antonio Honeywell 16960 hepa filter panasonic printers uk Volvo graders goderich gocco printer screen silk
Post a Comment