
Semalam Leez telefon. Dia kata ada cerita best! Rupanya cerita tentang abang sepupunya tu. Abang sepupunya yang pernah menyuarakan hasrat pada saya. Sah dia dengan awek Kelate tu. Khabarnya kawin bulan 8 nanti. Saya ketawa kelegaan, ' what a release..' tp macam ada satu hentakan kuat terasa di dada. Sampai bila. Itu persoalannya. Sudah acapkali penolakan demi penolakan. Mungkin kata-kata dulu akan jadi realiti jika keadaan masih tak berubah.
Malam tadi tidur agak lewat, jam 2am. Gara-gara menonton Gila-Gila Pengantin. Kali pertama menonton dulu bersama kawan-kawan di cinema. Ketika itu gelodak remaja baru mahu menunjuk taring. Input yang diperoleh dari filem itu cuma kelakar dan indahnya fairy tales! Tapi semalam saya melihat sesuatu yang saya tak nampak sebelum ini. Sesuatu yang saya tak rasai, ya itu lebih tepat! Kali ini saya dapat rasai persamaan situasi Aleya yang sudah serik untuk keluar mencari makna kehidupan. Bezanya saya masih belum sanggup jadi seperti Aleya yang sanggup bermain dengan takdirnya [kalau berkahwin tanpa cinta itu yang dipanggil takdir?]. Tapi kesudahannya dia sedar tindakannya itu bakal merosakkan masa depan lalu menolak perkahwinan kilat itu. Ya, itu yang sepatutnya dilakukan!!
Pagi-pagi tadi lagi terima SMS dari orang tu. Dia beritahu dia mimpikan saya lagi. Dia taip di situ dia mungkin kerana terlalu rindukan saya hingga termimpi-mimpi. Oh ya, orang tu bukan dia yang mimpi saya dan kawan-kawan bak cerita ala-ala hindustan. Atau pun suami orang itu yang mimpi menonton wayang dengan saya. Ini orang lain! [ramai pulak orang yang bermimpikan saya rupanya!].
Dia, saya jumpa hampir setiap hari. Tapi dia tak pernah mahu menegur. Saya yang muka tak malu menegurnya. Jika bersembang dengannya di talian, dia cuma tertawa mendengar dan bercakap apa yang perlu sahaja. Tapi selepas meletak gagang, pasti akan sampai SMS darinya.
SMS yang diterima selalunya berbunyi begini dan panjangnya hingga 3x page tp saya pendekkan saja,
"saya tak boleh nak tido. asyik teringatkan awak... "
"saya dah cuba nak lupakan awak. tp bial saya keluar dengan orang lain pun saya tetap teringat awak..."
"saya tak tahu apa yang saya boleh buat utk hilangkan ingatan pada awak. saya rasa macam nak gila fikirkannya!"
Awalnya walau sedikit terganggu, saya biarkan saja dia. Bila sudah penat, bosan.. berhentilah dia nanti.
Tapi SMSnya yang terbaru benar-benar buat saya rasa sakit hati dan sedikit tertekan.
"saya mimpi kita bersembang dan bergelak ketawa. haii.. agaknya dlm mimpi sajalah saya boleh berdua dengan awak. Realitinya ada ke saya peluang tu.."
Cukuplah! This is really torturing me. Saya yang tak pernah beri peluang? atau dia sendiri yang tak tahu atau tak mahu mencari peluang itu?! Selama ini bukan kita tak pernah bersembang, bergelak ketawa.. Bukan kah itu peluang? Malah banyak masa kita habiskan bersama ketika latihan bowling tiap-tiap minggu bersama. Masib bukan peluang kah itu?! Saya bukan perempuan yang akan menyorong peluang itu di depan muka dia dan berkata, 'nah peluang kau!'. Saya tak kisah jika orang kata saya konservetif. Tapi kata-kata itu umpama satu tuduhan kekejaman saya terhadap dirinya. Dan ianya tidak adil untuk diri saya.
Hati saya rasa sakit sangat. Jika dia merasakan bagai nak gila untuk menepis ingatan terhadap saya, jangan ingat saya ketawa gembira di sini. Sejujurnya saya langsung tak bangga kerana membuat seorang lelaki jadi gila kerana diri saya yang serba kekurangan ini. Malah saya rasa diri saya begitu jahat dan kejam kerana sampai kini masih tidak mampu menerima.
Baru-baru ini saya didatangi rakan sekerjanya yang sebaya ibu kami. Sebagai orang tua, dia menasihati saya supaya menerima lelaki itu. Antara alasannya, lelaki itu baik.. punya harta.. punya rupa.. dan punya agama. Saya tahu itu semua. Saya kenalnya sudah bertahun [kami mewakili company utk acara sukan jadi selalu pergi training bersama]. Tapi bagaimana untuk menerima jika rasa itu tiada.
Saya cuba meluahkan kebenaran dengan mengatakan usahanya tak saya rasai. Sekadar kata-kata melalui SMS! SMS pula seminggu atau 2 minggu sekali [alasannya dia cuba tak mahu ingat saya sangat tp setiap kali dia SMS saya maknanya dia sudah tak dapat membendung ingatan terhadap saya la tu..]
Saya sudah lali dengan kata-kata. Apa yang saya perlukan lebih dari itu. Walaupun saya bukan bidadari atau ratu cantik dunia tapi saya perlukan kesungguhan. Saya mahu hidup bersama orang yang menunjukkan kesungguhan dan keinginannya bukan melalui kata-kata saja. Saya mahukan bukti! Kesungguhan yang bagaimana, bukan mengejar saya ke sana ke mari tapi kesungguhan yang saya tak mampu jelaskan dengan kata-kata.
Orang selalu kata, pilih lelaki yang sayangkan kita sesungguhnya.. Jangan kata saya tak cuba, percayalah.. Itu sudah saya lakukan. TApi ketahuilah.. menipu hati kesannya lebih menyakitkan. Dan saya tak sanggup menipu hati sendiri untuk membahagiakan orang lain. Bila saya memandangnya, hati saya kosong. Tiada sebarang rasa. Kelak bagaimana mahu meneruskan hidup jika itu yang saya rasa? Saya tidak mahu lagi memperjudikan hidup saya semata-mata seorang lelaki. Tidak!
Mungkin kamu bisa berfikir, betapa cerewetnya perempuan ini. Tapi ketahuilah manusia yang bekerja keras, merangkak-rangkak untuk bangun dari kegagalan dan kegelapan, akan menyiapkan diri dengan tabir yang akan menjadikannya imun dengan banyak perkara. Kadang-kala menjadi terlalu awas dengan setiap sesuatu. Percayalah, saya sendiri tidak mahu diri saya menyendiri selamanya. Tapi hati saya di mana, saya tak tahu.
Entri ini bukan untuk membuktikan apa-apa.. hanya luahan rasa yang kadang-kala mengganggu ruang fikiran. Kata-kata ini juga tak bermakna saya memaksudkan sesuatu kepada sesiapa, tidak sama sekali. Malah saya tak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa, silaturahim tak pernah saya biarkan tanpa sambutan.
Saya mohon doa anda, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan kawan-kawan.. yang sentiasa ada bersama saya. Doakan saya sentiasa terpelihara dalam kandunganNya dan melakukan perkara yang betul untuk masa depan saya.
Saya cuma berharap orang fahami hati saya.